Thursday, 19 February 2015

Cerita Umrahku : Masjid Nabawi

Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah post kali ni izinkanku bercerita tentang perjalanan ke Madinah dan pengalaman mengerjakan ibadah di Madinah.

Hari ke-8 (Jumaat)

Jam 3 petang kami mula bertolak meninggalkan kota suci mekah tempat kelahiran nabi menuju ke madinah tempat dimakamkan jasad nabi...dua kota suci yang sememangnya menjadi tempat agung kunjungan ramai kaum muslimin muslimat seluruh dunia...sepanjang perjalanan apa yang kelihatan hanyalah warna perang dan biru..perang sebagai lautan pasir dan bukit bukau dan biru adalah langit tanpa awan...teringat semula kisah nabi yang berhijrah ke madinah bersama sahabatnya saidina Abu Bakar...cabaran nabi mengharungi laluan berbukit bukau dan lautan pasir memberikan satu petunjuk betapa kuatnya semangat dan tingginya ketakwaan mereka terhadap Allah s.w.t...segala apa yang nabi buat semuanya atas perintah Allah...

Kami berhenti di satu masjid kecil untuk solat asar qasar..dan meneruskan perjalanan ke masjid yang lain pada jam 6 petang bagi mengerjakan solat jamak takdim maghrib isyak...turun sahaja daripada bas..terasa sejuk angin bertiup...dengan keadaan kawasan yang begitu lapang tanpa bangunan lain....sangat indah...selesai solat kami berehat sekejap sambil menikmati angin malam yang cukup sejuk...angin yang sepoi-sepoi bahasa..sambil berehat kami juga menikmati minuman ringan yang ada dijual di satu kedai runcit...ternyata susu lembu dan yogurt yang dijual begitu asli tanpa perasa..

Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke kota madinah...sampai sahaja ke kota madinah mutawif terus mengetuai selawat ke atas nabi...masyaAllah sayu dan syahdu...Ya nabi salamu alaika ya rasul salamu alaika..ya habib salam alaika ...salawatulla alaika..bangunan yang tersusun begitu rapi...dan berada berhampiran masjid nabawi...dan akhirnya kami sampai di hotel al-safwah...yang begitu hampir iaitu selang 3 blok dari masjid nabawi...lebih dekat berbanding hotel mekah ke masjidil haram...

Kami sampai jam 10.30 malam...terus dinner dan check in hotel dan beradu.

Hari ke-9 (Sabtu)

Jam 4pagi kami baru bangun...lepas mandi terus menuju ke masjid nabawi yang begitu dekat...masjid nabawi mempunyai 20 lebih pagar dan pintu yang banyak...jadi walaupun ramai jemaah...tetapi kesesakan kurang kelihatan kerana banyak pintu yang dapat dimasuki...alhamdulillah aku, mak dan adik perempuanku duduk di saf agak hadapan kerana di sini kurang sesak jika dibandingkan di masjidilharam....dan kawasannya lebih teratur...apa yang melegakan aku ialah tandasnya cukup banyak dan dekat jika dibandingkan di masjidil haram...yang begitu jauh...mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah hanya izinkan aku sekejap sahaja mengerjakan ibadah di masjidilharam sebab aku sukar menjaga wuduk...

Di masjid nabawi...solatnya dirasakan agak lama jika dibandingkan di masjidilharam...tetapi dalam keadaan yang begitu selesa dan diselangi dengan bacaan quran dalam solat yang begitu mengasyikkan tidak membuatkan kami terasa lama...seakan-akan kami dibuai oleh bunyi yang begitu mendayu-dayu...seperti biasa selesai solat fardhu pasti akan ada solat jenazah...

Selesai solat...kami bercadang untuk skip breakfast sebab bercadang menuju ke raudhah...diriwayatkan bahawa raudhah adalah di antara taman-taman syurga iaitu seluas daripada makam ke mimbar...di mana nabi selalu berulang-alik dari rumah saidatina Aisyah (kini makam nabi) ke masjid (mimbar kini)...

Raudhah

Kami pun bergerak ke pintu Uthman...pintu ni saja yang membawa jemaah wanita mengunjungi raudhah...apa yang menariknya bagi jemaah wanita...kami masuk-masuk je melalui pintu tu..terus polis arab wanita cakap 'melayu..melayu'..sambil menunjukkan arah ke kanan...rupa-rupanya kami dikumpulkan mengikut negara..tapi malaysia dan indonesia disatukan satu kumpulan....hihi...sebenarnya kami diasingkan supaya kami berpeluang solat di raudhah dan tidak berebut-rebut dengan warga pakistan dan arab yang agak kasar...terasa kasihnya Allah tatkala itu...namun ada juga warga pakistan yang menyelit ke kumpulan kami...terus dihalau oleh polis arab yang berjubah hitam dan berniqab...aduh...rasa kasihnya nabi pada kami warga Malaysia dan Indonesia ni....kami menunggu dari sejak selepas solat subuh 6.15 pagi gitu hingga jam 8.30 pagi...rupa-rupanya group melayu ni adalah kumpulan terakhir yang dibenarkan masuk...masa warga pakistan dipanggil untuk masuk...nampak mereka berlari-lari...mungkin tak sabar nak berjumpa dengan nabi tu...akhirnya kumpulan kami dipanggil masuk...semuanya sopan-sopan belaka...ohh mungkin inilah punca malaysia dan indonesia diasingkan daripada kumpulan arab, turki dan pakistan..turki sebenarnya agak sopan tapi badan mereka besar-besar...apabila kami dipanggil masuk...rupa-rupanya ada lagi stesen yang perlu kami tunggu...huhu tunggu lagi kami di situ...ada lebih kurang 3-4 stesen perlu kami tempuh...tatkala ini terbayang bagaimanakah nasib kita ketika dihisab di akhirat...adakah perlu menunggu dari satu stesen ke stesen seterusnya sehingga amalan kita ditimbang...dalam jam 10.45pagi...akhirnya kami dibawa masuk ke raudhah...suasana begitu sesak dengan masih ada warga pakistan yang tidak mahu keluar dari kawasan raudhah sedangkan mereka adalah kumpulan yang masuk sebelum kami iaitu kumpulan terakhir...namun...Alhamdulillah kami dapat solat sunat mutlak dan memberi salam kepada nabi...Assalamualaika ya Rasulullah...aduh...rasa sayu umpama kita memberi salam betul-betul di hadapan nabi...aku berdoa di sujud terakhir solat sebab kalau lepas salam polis arab akan halau sebab tau kita dah selesai...jadi sujud la lama-lama sikit...tengah sujud tu tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki yang berlari kencang...rupa-rupanya pukul 11pagi adalah masa untuk jemaah lelaki pula mengunjungi raudhah...bagi wanita waktu mengunjungi raudhah adalah terbatas dan ada 3kali sahaja bagi sehari...manakala lelaki adalah sepanjang waktu..Alhamdulillah...kunjungan ke raudhah berjalan dengan lancar sambil mendengar taklimat mutawif travel agent lain...hihi travel agent kami tak ada mutawif wanita...tak perlu pun tak apa sebenarnya sebab ramai mutawif kump lain yang beri taklimat...kami menumpang jela hihi...

Hari ke-10 (Ahad)

Selesai subuh kami dibawa melawat ke masjid quba' iaitu masjid pertama yang dibina berasaskan iman...iaitu tatkala hijrah nabi ke madinah....nabi membina masjid quba' sebelum sampai ke madinah...dan diriwayatkan dengan hadis sahih apabila kita berwuduk di rumah (hotel) dan bersolat di masjid quba' umpama kita melakukan ibadah umrah...

Alhamdulillah...selesai solat di masjid quba', kami dibawa melawat bukit Uhud...tempat di mana berlakunya peperangan yang mengorban bapa saudara nabi iaitu saidina hamzah dan beberapa sahabat nabi yang lain dan menyebabkan kecedaraan serius pada nabi sehingga gigi nabi patah...kekalahan umat islam pada peperangan ini adalah berpunca daripada ketidakpatuhan pada arahan nabi...mutawif yang membawa kami bercerita dengan loghat ala-ala kelantan sikit...sebab memang orang pantai timur pun...sedap dengar kisah nabi ni...selesai kami di Uhud dalam perjalanan ke tempat parking bas..aku dan adik lelakiku yang kononnya nak melihat peta yang menunjukkan suasana perang yang dilukis di dinding sesat untuk sampai ke parking bas....alhamdulillah tak lama...selang beberapa minit kami sampai...sebenarnya tak jauh pun ke parking bas cuma di situ penuh dengan booth jualan dan menyebabkan kami confuse...Alhamdulillah Allah bantu kami...suamiku dah buat muka dah masa aku dan adikku sampai..sorry...masa hilang tu aku beristighfar...pasti ada dosa yang telah kulakukan...mungkin aku terlalu excited dengan kisah perang uhud ni dan beria nak cari peta tu...

Seterusnya kami dibawa ke masjid qiblatain iaitu masjid bersejarah nabi solat dengan arah dua kiblat..yang pada asalnya kiblat orang islam adalah di masjid aqsa...qiblat masjid aqsa juga merupakan qiblat orang yahudi pada waktu itu....orang yahudi mengejek nabi kononnya ikut kiblat yahudi....lalu nabi berdoa kepada Allah pada solat zohor....akhirnya turun perintah Allah untuk mengadap kiblat ke kaabah....kemudian nabi terus mengimamkan solat asar yang mengadap ke arah kaabah...pertukaran arah ini adalah 180 darjah...betul-betul bertentangan dengan kiblat asal...

Semasa kami menunggu solat Isyak...aku terus terfikir...ya Allah malam ni malam terakhir aku di tanah suci...esok dah berangkat pulang...sedih dan sayu rasanya...tiba-tiba bumbung masjid dibuka...masya Allah indah sungguh dengan angin sejuk menerjah masuk...dihiasi dengan bulan penuh yang jelas kelihatan...cantik..memang cantik...masing-masing mengangkat kamera merakamkan detik-detik indah...azan isyak yang terakhir kudengar dengan teliti...sayu sungguh....esok aku dah tak dapat isyak di sini...

Hari ke-11 (Isnin)

Hari ni selesai sarapan pagi..kami balik semula ke masjid untuk melawat raudhah kali ke2...mak yang kurang sihat pun bersemangat mengunjungi raudhah...rugi dok hotel tak buat apa-apa...selesai solat zohor kami membuat ziarah widaa keliling masjid bersama abah dan adik-adik laki ku yang lain...sebenarnya ada peristiwa yang berlaku selepas solat subuh dan selepas solat zohor....lihat pada entri Cerita Umrahku : Kisah dan Pengajaran....

Berbalik kepada kisah ziarah widaa...alhamdulillah...kami berdoa dan memberi salam dan memohon harap dapat kembali lagi ke tanah suci madinah...insyaAllah...selesai ziarah widaa sepatutnya mengikut perancangan kami sempat solat asar di masjid...tetapi tiba-tiba perancangan berubah...kami perlu bersiap kerana bas akan sampai jam 3 lebih...ya Allah...rupa-rupanya ziarah widaa tu memang ziarah terakhir kami pada hari ni....memang tak sangka...kami terpaksa solat di hotel saja...rupa-rupanya bas yang ditunggu lambat sampai...jemaah masjid yang selesai solat asar kelihatan berjalan pulang...hmm...kami masih di hotel lagi menunggu bas...emm takpela takde rezeki asar di masjid...Selamat tinggal ya Rasulullah...insyaAllah kami akan datang lagi....Allahummasalli ala saiyidina muhammad waala ali saiyidina muhammad..

Kami bergerak keluar dari kota madinah pada jam 4.40 petang...dan 30min bas pun sampai di madinah airport...kami solat jamak takqdim maghrib isyak di sana...nak lepas imigresen keluar pun ketat juga rupanya di sini...yang perempuan kena masuk dalam bilik di mana polis wanita akan periksa badan...kasar juga polis wanita arab ni....dalam bilik ni polis wanita tu memang tak bertudung la..terkejut juga aku lihat sikap yang agak garang dan tinggi suara sikit pada jemaah wanita sebelum aku...kesian aku tengok...ada juga polis wanita arab ni yang duduk sambil mengangkat kaki ke kerusi yang lain...kurang profesional semasa bertugas...takpela...memang gitu kot caranya...

Alhamdulillah kami pun pulang dengan menaiki Saudi Airline...namun kali ni pramugarinya hanya berselendang...tak menutup aurat sepenuhnya...berbeza dengan pramugari tatkala kami bertolak dari KLIA yang memakai tudung...muka mereka pun kurang manis dan kurang senyum...huhu takpela...dalam perjalanan ini rasa mengantuk memang datang...tapi kutahankan juga sebab aku, adik perempuanku dan abah duduk di bahagian tepi....yey...aku apa lagi berebut la dengan adikku nak duduk tepi...oleh kerana adikku tau aku ni firstime so dia beralah....haha...dia dah pernah pergi sarawak sebelum ni...tq ye...hihi...sebenarnya seat abah pun bukan sebaris dengan kami...seat kami banyak yang berpecah...mak pun kena duduk tempat lain..suamiku lagi la duk jauh nun di hadapan...

Aku tengok banyak lagi seat kosong....ingatkan memang takde orang...rupa-rupanya kapal terbang ni berhenti di Riyadh sejam selepas kami berlepas dan mengambil penumpang lain...emm...orang kata Riyadh ni orang arabnya dah macam kita sikit...ramai yang tak bertudung...dan airport Riyadh ni pun canggih sikit...sejam kami berhenti kemudian kami berlepas....best juga berhenti-berhenti ni..boleh tengok banyak tempat...dan boleh merasa landing and take off banyak kali hihi...maklumla kita first time...

Di luar memang gelap sebab kami berlepas dari madinah pun dah pukul 8 malam...pada jam 4 pagi (waktu arab) aku tersedar langit dah mula menampakkan warna oren yang cukup cantik....macam masuk waktu subuh ni...kena bergegas pergi toilet...rupa-rupanya toilet dah ramai orang beratur...huhu...kena menunggu...dan hari dah mula cerah baru aku dapat masuk toilet dan solat subuh dengan berwuduk menggunakan botol spray...waktu subuh memang terlalu singkat sebab kapal terbang menuju ke arah timur...jadi dinasihatkan supaya bersedia dengan lebih awal ye...suasana yang begitu cantik di luar aku amati sepuas-puasnya....mujur bateri hphone masih banyak...kurakamkan saja segala apa yang kulihat...Allah yang ciptakan semua ni...tak terbayang dek akal akan semua ni...betapa besar kuasa Allah...kali ni kapal terbang ni terbang banyak di atas darat...jadi gegaran pun kurang la...tidur pun sedap2 je...hihi...tetiba aku dengar...rice or noodle...haha..meal ke2 dah sampai...meal pertama mcam biasala 'beef, chicken or fish'...walaupun ngantuk...makan tetap makan...kat luar memang dah cerah sangat dah...kapal terbang mula turun sedikit demi sedikit merempuh awan nipis dan awan tebal...dan Alhamdulillah kami landing dengan selamat pada jam 1.10 tengahari waktu malaysia (waktu arab jam 8.10 pagi tau)

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas nikmat ini...adik beradikku dah menunggu di airport dan ada yang menunggu di rumah dengan nasi arab..yummy...

Wednesday, 18 February 2015

Cerita Umrahku : Suci atau Kotor

Bismillahirrahmanirrahim...post kali ni akan menyambung kisah umrahku pada hari ke-6...

Hari ke-6 (Rabu)

Selepas bersarapan pagi..kami sekali lagi dibawa berjalan-jalan di Hudaibiyah dan muzium yang menempatkan harta lama masjidil haram...sekali lagi kisah perjalanan nabi di ceritakan oleh mutawif Indonesia tersebut..kali ini kisahnya berkaitan perjalanan nabi dan seramai 1500 umat Islam muhajirin dan ansar ke mekah bagi menunaikan umrah kali pertama...sebelum itu nabi didatangi mimpi yang mana kelihatan manusia memakai pakaian ihram serta bercukur dan ada yang menggunting rambut...terus para sahabat dan kaum muslimin bersetuju mengikut nabi apabila nabi mengajak mereka mengerjakan umrah....sesampai sahaja di Hudaibiyah...nabi dan kaum muslimin disekat daripada memasuki kota mekah sedangkan perjalanan tinggal lagi 5km iaitu sekitar sejam berjalan kaki....padahal nabi dan kaum muslimin berjalan kaki dan menaiki unta dari kota madinah selama sebulan perjalanan...Subhanallah...nabi dan kaum muslimin diuji sebegini rupa...sedangkan aku yang perjalanan tak sampai 24 jam pun masih merungut tak dapat kerjakan umrah...nabi yang berhari-hari berjalan kaki dan menaiki unta pun tidak merungut dan bersabar...nabi ditahan daripada memasuki kota mekah oleh kaum musyrikin....namun nabi meminta agar saidina Uthman menjadi wakil kaum muslimin ke kota mekah...sekurang-kurangnya adalah seorang yang dapat masuk mekah...tiba-tiba nabi dikejutkan dengan berita palsu saidina Uthman mati dibunuh..maka terus nabi membuat perjanjian Ridhwan bersama kaum muslimin bagi menentang kaum musyrikin dan tidak berpatah balik sedangkan tiada sebarang senjata dibawa tatkala itu...kaum musyrikin terus kecut perut mendengar perkhabaran bahawa nabi nak serang mereka..terus mereka berjumpa nabi dan berlakulah satu peristiwa besar yang dinamakan perjanjian hudaibiyah...walaupun perjanjian ini berat sebelah namun dijanjikan umat Islam boleh mengerjakan umrah pada tahun hadapan...terus nabi melaksanakan dam dengan menyembelih kambing dan bercukur...kaum muslimin ramai yang menangis dan sedih tidak dapat masuk ke Mekah...namun ditenangkan oleh nabi...

aduh...terkesan sungguh aku kisah hudaibiyah ni...aku kena bersabar...tapi dulu kaum muslimin bersedih sekurang-kurangnya nabi ada untuk memujuk...tapi aku?...Allah ada.....pasti apa yang berlaku itu yang terbaik...Allah pasti tahu bilakah waktu yang terbaik untukku kerjakan umrah...sebagaimana Allah tahu bila waktu terbaik untuk nabi kerjakan umrah...

Sesudah bermiqat di Hudaibiyah...kami terus bergerak ke muzium simpanan harta Masjidil haram...pelbagai peralatan lama seperti tiang di dalam Kaabah...telaga zam-zam...makam nabi Ibrahim...pintu kaabah...frame hajar aswad...dan pelbagai gambar lama masjidil haram...menurut mak dan abah...tak semua jemaah berpeluang memasuki muzium ni melainkan ada kebenaran...fuh...Alhamdulillah kami berpeluang..

Sesampai di hotel...sekali lagi aku ditinggalkan keseorangan di bilik hotel...makan tengahari pun sorang-sorang sebab jam dah nak hampir pukul 2.30 mak dan adikku tak balik-balik lagi...sedangkan waktu makan hanya sehingga jam 2.30 petang...lepas makan aku pun bergerak sorang-sorang ke sekitar masjidil haram...

Balik daripada masjidil haram...aku pun periksa ada lagi tak 'kotor' nya...nampak macam dah kering sejak tengahari tadi...dengan girangnya aku pun mandi...masa tu jam menunjukkan pukul 4 petang..aku pun solat asar di bilik....mak dan adikku balik masa aku sedang tahiyat akhir....apa lagi mak aku pun....Alhamdulillah...'ya Allah kalau betullah doa seorang ibu itu makbul...makbulkanlah doaku' mak aku doa cenggitu...adoi..bertambah syahdu la diri ini...

Jam menunjukkan pukul 5...kami bersiap-siap hendak menuju ke masjidil haram...namun hatiku tidak sedap dan nak periksa balik keadaan 'suci' ku....ya Allah ternyata aku BELUM lagi 'suci'...tula aku ni tak sabar sebenarnya....masa tu aku tak tau nak cakap apa....senyum je....jadi mak dan adikku terus meninggalkan aku keseorangan lagi di dalam bilik....takpela tunggu untuk subuh sok la...

Hari ke-7 (Khamis)

Aku bangun jam 1.40 pagi...memang tak boleh nak tido...mak aku pun terbangun juga...aku memang terus ke bilik air untuk periksa...emm macam kering...terus aku mandi dan solat isyak...sambil menunggu mak dan adikku bersiap...(biasanya pukul 3.30 pagi ke masjidilharam untuk solat subuh yang masuk pada jam 5.40pagi) sekali lagi aku rasa macam tak sedap...aku pun periksa....dan ternyata aku masih 'kotor'....emm...sedih memang sedih...tapi aku tahu aku tak sabar orangnya...walaupun mak aku kata aku dah cukup sabar....mak dan adikku sambung tidur jap hihi....aku tahu dorang pun sedih tengok aku....kol4 pagi dorang terus gerak ke masjid....tinggallah aku sorang-sorang lagi...

Siangnya aku tiba-tiba minta mak kol mutawif untuk bertanya...jika aku mula datang haid hari khamis malam 15hb..bilakah hari maksimum untuk mula suci?...kalau ikut kiraan aku jumaat malam...tapi mutawif tu bagitau kalau kene khamis malam...sucinya pun khamis malam....ya Allah girangnya hati ini...nampak gayanya aku berpeluang mengerjakan umrah malam selepas jam 12 malam (sebab aku datang haid lebih kurang khamis jam 12malam)....terima kasih Allah yang maha pengasih dan maha penyayang...

Malam sesudah dinner..mak dan adikku semangat berkemas baju sebab esok jam 3 petang kami akan berangkat ke Madinah...aku?...semestinya aku tiada langsung semangat nak mengemas....semangat aku masih di Mekah untuk mengerjakan umrah pada awal pagi esok...aku mengunci jam pukul 1.30pagi dan bercadang mengerjakan umrah dengan ditemani suami..

Hari ke-8 (Jumaat)

Kring....kring....hphone ku berbunyi ada panggilan masuk...rupa-rupanya suamiku kol...'Kate nak buat umrah..dah siap belum?'...'oh ok2..baru bangun ni'....terkejut aku apabila jam menunjukkan pukul 2.40 pagi...ya Allah berdebar-debar aku kerana terlewat bangun...terus aku mandi dan solat isyak...xsempat aku mengerjakan solat sunat ihram sebab khuatir tidak sempat menghabiskan umrah sebelum subuh...sebab sesudah subuh tidak sempat dan perlu mengemas beg pula..

Labbaikallahummalabbaik....ya Allah...akhirnya aku menjadi tetamu Allah...terimalah aku yang hina dina ini ya Allah...tak tertanggung rasa hati sepanjang perjalanan ke masjidil haram sambil ditemani suami di hadapanku (aku sentiasa memegang belakang baju suamiku supaya tidak terpisah kerana aku pertama kali hendak masuk ke masjidil haram dan tidak tahu jalan di dalamnya)...

Bermulalah tawafku mengelilingi rumah suci Allah iaitu kaabah yang pertama kali dapat kutatap dengan mata kasarku pada jam 3.15 gitu...Alhamdulillah....tawaf berjalan lancar dengan bantuan suamiku di hadapan yang mengerjakan tawaf sunat...sesudah tawaf aku mengerjakan solat sunat tawaf berhampiran kaabah dan terus menuju ke bukit safa untuk memulakan sai...ketika sai suamiku tidak menemaniku...jadi berjalanlah aku keseorangan bersama jemaah lain yang turut mengerjakan umrah...Alhamdulillah..terima kasih ya Allah...dari bukit safa ke marwah...ke safa..ke marwah..ke safa..ke marwah...ke safa...ke marwah....dan terus suami ku menunjukkan tempat untuk memotong rambut...mujur aku membawa gunting sendiri dan menggunting rambut di 3 tempat berlainan kepala iaitu di hadapan, di kanan dan dikiri kepala...untuk meyakinkan bahawa tahallul ku sah...syahdu bukan kepalang apabila rambut digunting...umpama dosaku gugur dan Allah menerima aku...Alhamdulillah...terima kasih Allah yang maha baik..

Aku selesai mengerjakan umrah pada jam 5.20 pagi...dan terus mencari tempat untuk menunggu solat subuh...masa ni aku berada di sebelah suami...dengan erti kata lain lelaki dan perempuan sukar nak diasingkan kerana terlalu ramai...cuma boleh pecahkan kanan belah laki...kiriku perempuan...

Selesai mengerjakan solat subuh yang pertama kali dapat kukerjakan secara berjemaah di masjidil haram...suami terus mengajak ku mendekati kaabah dan dapat berdoa sambil memegang kaabah...macam bertolak-tolak tapi aku rasa macam seronok plak...entahla...sebab masing-masing mulut terkumat-kamit menyebut Allah..Alhamdulillah aku dapat menyentuh kaabah yang suci dan dipelihara Allah ini....

Sesampai saja aku di hotel untuk bersarapan pagi...mak dan adikku terus senyum-senyum melihat aku tersenyum...hihi Alhamdulillah...

Jam 9.00 pagi...kami sekeluarga termasuk aku...alhamdulillah tak ditinggalkan lagi...menuju ke masjidil haram untuk mengerjakan tawaf widaa...kalau menurut imam syafii...selepas tawaf tak boleh duduk lama di mekah...kena terus bergerak keluar....tapi atas masalah masa dan takut tak sempat dikerjakan selepas solat Jumaat...maka mutawif menasihatkan kami mengerjakan tawaf widaa sebelum solat jumaat...dan mengingatkan kami agar masuk sebelum jam 10.00 pagi kerana masjid akan dipenuhi ramai selepas jam 10 pagi untuk mengerjakan solat Jumaat...jadi untuk tawaf widaa kami mengikut mazhab imam hanafi yang mana dibolehkan berlama-lama di mekah tetapi tak boleh balik hotel untuk tidur plak nanti...tawaf widaa ni adalah tawaf selamat tinggal yang sekaligus bermohon agar diberi peluang kembali lagi ke sini...semasa tawaf widaa kami terpecah dan aku bersama abah berdua...mak bersama adik perempuanku....semasa tawaf...ada satu pusingan tu aku ingatkan telah buat 2 pusingan sebab aku rasakan telah melepasi hajar aswad..rupa-rupanya aku memang lama di situ...alhamdulillah abah ada di depan...jadi aku ikut je abah yang memang yakin akan bilangannya...selesai tawaf...abah terus minta aku solat berhampiran makam ibrahim..sedangkan di belakang aku ramai jemaah lelaki sedang duduk menunggu waktu solat...abah tukang jaga aku takut orang langgar...aku terus mengangkat takbir...tiba-tiba...'hajjah..hajjah..'...ada polis terus menarik bahu aku (lembut je tarik) dan membatalkan solatku....hihi aku dah agak dah memang kene halau punye sebab orang ramai kat situ..jadi aku dan abah terus ke belakang sikit dan kelihatan ramai mengerjakan solat sunat tawaf di situ..kami pun bersolat di situ..dan kelihatan adik lelakiku pun turut solat di situ...

Selesai solat sunat tawaf...aku terpaksa berpecah dengan abah dan adik lakiku menuju ke tempat solat masing-masing....alamak...aku ni dahlah tak berapa arif tempat-tempat solat perempuan....subuh tadi pun solat kat tempat sai yang bercampur laki perempuan...aku pun terus berjalan mengikut sahaja belakang jemaah wanita yang mungkin menuju ke tempat solat...alhamdulillah...tempat solat yang dipenuhi wanita sahaja dan lapang aku temui...dan lebih syahdu apabila aku dapat melihat kaabah daripada tempat solatku....terima kasih Allah...sorang-sorang?...ya aku sorang-sorang...mak dan adikku di tempat lain..yang agak jauh...takpela ni kan rumah Allah...pasti kita akan dilindungi Allah...hmm...jam baru menunjukkan jam 11.00 pagi...lambat lagi masuk waktu zohor....maka bermulalah jihad menahan air sembahyang daripada batal...hihi...seksa tu memang seksa tapi tahan jugalah...Alhamdulillah...

Setelah azan Zuhur berkumandang..khatib menyampaikan khutbah dalam nada yang tegas...faham khutbah?...mestilah tak...huhu...bahasa Arab...tapi tak ngantuklah sambil menjaga wuduk...susah sikitlah nak ngantuk...walaupun kaki kebas-kebas...Selesai solat Jumaat...dan solat sunat dan solat jenazah...aku bergerak berseorangan mencari jalan keluar...aku ingat-ingat balik jalan keluar subuh tadi...nak mengharungi ramainya manusia agak sukar...jadi aku mengikut belakang jemaah lelaki yang menyelit-nyelit...hihi aku pun dapat menyelit dengan mudah dengan izinNya..dan jumpa jalan keluar...Alhamdulillah....tiba-tiba adikku call khuatir aku tahu atau tidak jalan keluar....aku katekan dah keluar pun..jadi aku terus balik ke hotel menggunakan ingatan aku yang pernah berjalan-jalan sekitar masjidilharam semasa tempoh 'kotor' ku...Alhamdulillah terima kasih Allah...sampai juga aku ke hotel...kelihatan mak dan adikku tunggu di lobi hotel...mungkin risaukan aku yang pertama kali ke masjidilharam...kami terus ke dewan makan untuk makan tengahari dan mengambil beg turun ke lobi untuk bersiap sedia bergerak ke Madinah menaiki bas...

Ada kisah yang dialami oleh mak dan adik-adikku di masjidil haram...tapi akan kuceritakan setelah selesai perjalanan di Madinah kerana kisah mak dan adikku berantai hingga ke Madinah...jom terus ke kisah Masjid Nabawi

Cerita Umrahku : Layakkah aku menjadi tetamu Allah?

Bismillahirrahmanirrahim...terima kasih sudi menjenguk kisah ke2 ku tentang perjalanan di tanah suci...bagi yang belum membaca episod 1 tentang perjalanan awalku bolehla menjenguk ke Cerita Umrahku : Awal Perjalanan. Sekali lagi ingin dimaklumkan bukanlah niat diri bermegah untuk menyatakan sampainya diri di tanah suci tetapi hanya untuk berkongsi rasa dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan di tanah suci Mekah dan Madinah.

Hari ke-2 (Sabtu)

Pada hari ke-2 ni..selepas sarapan pagi aku terus balik ke bilik semula...apa lagi mak dan adikku seronok la bercerita tetapi tak lama bercerita mereka terus membersihkan diri dan tidur (maklumla selepas 24 jam lebih tak dapat tidur dengan sempurna)...huhu tinggalla aku terkontang kanting..terkebil-kebil sorang-sorang....nak tidur dah tak ngantuk pun..sebab dah tidur masa dorang kerjakan umrah...suamiku, abah dan adik-adik lakiku yang lain berada dua tingkat daripada tingkat yang kami duduki...so malas la nak kacau dorang yang tengah penat...alhamdulillah aku bawa buku untuk menjadi peneman sepanjang aku tidak suci (memang dah standby buku sebab tau tempoh 'kotor' yang panjang)...

Berbalik pada keadaan 'kotor' ku...arini masuk hari ke10 aku haid...ubat?...nampak gayanya ubat tu tidak menunjukkan kesan pada aku...takpela...aku kan dah tawakal...jadi berserah jela...walaupun dalam hati melonjak-lonjak hendak ke masjidil haram..jika diikut kiraanku aku suci pada hari Jumaat malam...kalau diikut perancangan perjalanan Jumaat siang kami bertolak ke Madinah...umrah?...ya aku tidak dapat mengerjakan umrah...sedih kan...aku dah standby dah tentang perkara ni sebelum berangkat dari Malaysia lagi...dah bersedia dengan duit untuk bayar dam kambing sebab aku tahu rambutku senang gugur dan tercabut...takpela...Allah ada...

Jam 11 pagi..mak dan adikku bangun untuk ke masjidil haram mengerjakan solat zohor...Zohor masuk jam 12.30 gitu...tinggallah aku lagi keseorangan di bilik bertemankan buku yang kubawa...berkumandang pula azan Zohor yang jelas kedengaran dari bilikku...dan yang lebih syahdunya dari tingkap bilik...menara masjidilharam dapat dilihat dan aku juga dapat melihat manusia berbondong-bondong menuju ke masjidil haram berjalan kaki dengan pakaian solat masing-masing..ada yang berpakaian ihram dan berjubah...

Selesai solat zohor..mak dan adikku mengajak makan tengahari pula...selesai makan tengahari abah yang mungkin begitu simpati dengan aku mengajak aku meninjau-ninjau keadaan sekitar masjidil haram...jadi kami bertujuh jalan bersama-sama...ada sekumpulan burung merpati...nasib baik aku tak kejar...kalau aku kejar dan tercabut bulunya aku kena dam...adik-adikku...mak abah dan suamiku masing-masing begitu bersemangat menunjukkan kepadaku dan memperkenalkan pintu masuk..jam besar...di mana tempat air zam-zam boleh diambil dan macam-macam lagi...ala-ala tour agent gitu...aku tau mereka kesian denganku yang tidak dapat mengerjakan umrah...terima kasih semua...

Hari ke-3 (Ahad)

Aku masih dalam keadaan 'kotor' ku...takpela...redha2...tapi aku digembirakan apabila kami semua dibawa melawat sekitar Mekah..iaitu Bukit Thur..iaitu tempat nabi dan sahabat saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam sebuah gua sebelum melarikan diri ke Madinah...rupa-rupanya bukit Thur ni terletak di belah selatan Kota Mekah...sedangkan Madinah tempat nabi nak tuju berada di sebelah utara Kota Mekah...haa...nampak tak apa yang nabi buat...nabi cuba memperdayakan Abu Jahal agar tidak diketahui ke mana nabi nak tuju...walaubagaimanapun...nabi tetap dapat dijejaki daripada kesan tapak kaki di bukit Thur..namun atas kuasa Allah... Abu Jahal dan pengikutnya tidak dapat menjumpai nabi dan Abu Bakar di dalam gua apabila terdapat sarang labah-labah yang menutup pintu gua dan burung merpati yang bertelur di pintu gua bagi mengaburi Abu Jahal dan pengikutnya...sedangkan jika Abu Jahal tunduk sikit ke bawah untuk melihat ke dalam gua tersebut pasti dapat melihat nabi -dan Abu Bakar...tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya...nabi selamat sampai ke Madinah...kisah ini diceritakan oleh mutawif Indonesia di sepanjang perjalanan kami...sedap cara penceritaan dan intonasinya...sungguh terkesan dalam jiwa...

Banyak bas yang berhenti di bukit Thur..jadi kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan tidak berhenti kerana tiada parking..takpela...bukannya kami nak daki pun nanti...cukupla sekadar kenal di mana bukit thur tempat nabi bersembunyi...

Seterusnya kami di bawa ke Padang Arafah tempat di mana jemaah haji bermalam pada hari Arafah dan di Arafah terdapat Jabal Rahmah yang dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa..walaubagaimanapun tiada nas yang sahih tentang penyataan tersebut...mutawif pun tidak menceritakan tentang pertemuan Adam dan Hawa...cuma mutawif mengatakan nabi berwukuf di kaki bukit Jabal Rahmah...semasa mengerjakan haji...kami berhenti di Jabal Rahmah dan naiklah sikit tapi tak sampai atas pun...sebab bukan sunat sampai ke atas...nabi pun hanya di kaki bukit...so aku dan keluarga pun naik sikit je di kaki bukit...dan kami berdoa di situ...aduh tak tertanggung rasa hati nak berdoa...walaupun disuruh oleh mak...baru baca Alhamdulillahi rabbilamin...aku tak sanggup nak baca...entahlah sayu rasa mungkin atas dosaku yang tak tertanggung banyaknya...jadi ku baca dalam hati....agar diampunkan dosaku dan seluruh muslimin muslimat....rupa-rupanya baru kutahu bahawa tidak dibenarkan manusia menetap di Arafah..padan la tiada satu rumah pun di Arafah...cuma tanah lapang yang ditumbuhi sedikit pokok dan beberapa bangunan tandas serta sebuah masjid yang besar...namun masjid itu hanya dibuka pada musim haji sahaja...dengan erti kata lain..hanya digunakan sekali setahun..sebelum bergerak ke bas kami bergambar sekeluarga...kami berbaris dan matahari berada di kiri kami..tetiba adikku yang sedang memegang kamera berkata 'Kaklang...gelap la muka tak nampak...macam tak de nur..'....aduh...sayunya hati...banyak sangat dosa ni walaupun aku tahu aku sebenarnya terlindung dengan awning tudung yang menutup cahaya daripada kena ke muka...'takpela tangkap je gambar'....Allah murka sangat ke?...ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini..

Kami singgah di masjid Ja'ranah untuk bermiqat bagi mengerjakan umrah kali ke-2...aku duduk jela dalam bas...rupa-rupanya aku ada geng lagi sorang makcik...dia pun didatangi haid walaupun makan ubat...dapat la aku berkongsi rasa dengan dia di dalam bas sementara menunggu para jemaah memakai ihram dan solat sunat ihram..

Sepanjang perjalanan ke hotel semula...kami melalui Mina dan Muzdalifah iaitu tempat bermalam dan mengutip batu dan ditunjukkan tempat Jamrah dari jarak jauh sahaja kerana tempat itu tidak dibuka selain musim haji...begitu banyak khemah sepanjang perjalanan di Mina dan Muzdalifah bagi jemaah haji yang dipasang kekal dan sememangnya hanya digunakan sekali sahaja setahun...

Sesampai di hotel...mereka terus berjalan kaki ke masjidil haram bagi mengerjakan umrah...aku?...tukang bawa beg yang berisi pakaian biasa abah suami dan adik-adikku ku ke dalam bilik hotel...dan termenung lagi la aku di hotel ditemani 3 ekor lalat...em...lalat memang banyak di tanah arab ni...tapi nyamuk tak ada tau...okla lalat tak bawa penyakit bahaya sangat....kadang-kadang aku terfikir juga aku ni tersangatla kotor apabila melihat ada 3 ekor lalat bersamaku...ish...aku ni masih berprasangka buruk....bukan aku mengatakan lalat tu kotor...tapi aku yang kotor...penuh dengan dosa...apabila kulihat jemaah mengerjakan tawaf di kaabah melalui kaca TV secara live...dapat kurasakan sucinya mereka di sisi Allah..sedangkan aku diasingkan dan dijauhkan daripada mendekati kaabah rumah suci Allah...bayangkan betapa sedihnya diriku tatkala itu...berjuta-juta manusia suci tetapi aku?....ya Allah betapa jauhnya beza diri ini dengan tetamu Allah...rasa macam Allah begitu sayang mereka tetapi aku?...astaghfirullah....bila direnung-renung kembali aku berseorangan di bilik dan muhasabah diri ni pun sebenarnya hampir dengan Allah ...aku patut bersyukur...tak semestinya aku di depan kaabah aku akan hampir dengan Allah...aku terus memujuk diri yang sering alpa....kadang-kadang aku bercakap-cakap dengan lalat...'Untungnya ko lalat dapat dok Mekah'...huhu teruk betul dah perangai aku masa tu...yela nak gak bercakap-cakap gak sekali sekala kan huhu...

Hari ke-4 dan ke-5 (Isnin dan Selasa)

Haid?....ya masih lagi...walaupun tanda-tanda berkurang tu ada tapi aku masih lagi 'kotor'...hari Isnin dan Selasa ini pasti ada sekali waktu aku ke sekitar masjidil haram...kadang-kadang bersama mak dan adik...ada juga bersama suami dan ada juga berseorangan....sedap juga jalan sorang-sorang....insaf sikit diri ni...

Bagaimana pula hari seterusnya?....boleh ikuti post Cerita Umrahku : Dah suci?

Cerita Umrahku : Awal Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah post kali ni ingin sekali aku menceritakan perjalanan sebelum, semasa dan selepas, ujian-ujian yang ditempuh serta pengajaran yang diperolehi sepanjang aku di tanah suci...tempoh perjalanan adalah daripada 23/1/2015 hingga 3/2/2015..kira-kira 12 hari termasuk perjalanan..aku merancang ke tanah suci bersama 6 orang ahli keluarga yang lain iaitu suamiku, mak, abah, 2 adik laki dan sorang adik perempuan..

Pada asalnya perjalanan dirancang pada 25/1/2015..tetapi ejen tukar rancangan maybe atas sebab tiket kapal terbang kot..emm..takpela aku tak kisah sangat cuma biasalah perempuan ni terhalang daripada menjalankan ibadah umrah atas satu sebab yang sukar dielakkan iaitu 'haid'.

Ingin dinyatakan di sini...kisah ini bukanlah untuk bermegah untuk menyatakan sampainya diri ini di tanah suci tetapi hanya untuk berkongsi rasa dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan di tanah suci Mekah dan Madinah.

Seminggu sebelum ke tanah suci

Ujian Allah datang padaku sejak sebelum ke tanah suci lagi...kerana daripada kiraanku tarikh suciku jatuh pada hari terakhir aku di Mekah..dengan erti kata lain aku mungkin tidak dapat mengerjakan umrah...Subhanallah...sedih bukan kepalang..sedangkan pada asal kiraan sepatutnya sekurang-kurangnya 3 hari sahaja aku 'kotor' tetapi setelah haidku lewat hadir sebulan sebelum berangkat pergi, jadi kiraannya menyebabkan aku kotor selama 7hari di tanah suci....aku memujuk hati 'Allah bersama orang yang sabar' dan aku tahu ada perkara dan dosa yang menyebabkan aku begini. Sememangnya setiap apa yang berlaku terutama yang tidak kita senangi pastinya berpunca daripada kita juga. Setelah kumuhasabah diri ini, baru aku tersedar selama ini aku sering bersangka buruk. Seebnarnay aku selalu mendengar kisah wanita yang ke tanah suci tidak dapat mengerjakan umrah kerana haid tiba-tiba dan ada juga wanita tua yang telah 2 tahun tidak didatangi haid tetapi apabila berkunjung ke tanah suci haidnya datang pula. Lantas, aku terus menyangka mungkin wanita ni ada buat dosa dan menyebabkan Allah tidak mengizinkan dia mengerjakan umrah....Nahhh....alih-alih aku pula yang mengalami kedatangan haid...Astaghfirullah...Allah dah balas cash kat aku...memang padan muka aku...sesungguhnya kita dilarang sama sekali bersangka buruk kepada manusia ciptaan Allah yang lain...JANGAN BERSANGKA BURUK...itulah pengajaran pertama aku sebelum ke tanah suci....terima kasih Allah memberikan aku satu pengajaran yang mungkin aku tidak sedar....

Jadi setiap malam dalam keadaan masih 'kotor' (biasanya tempoh 'kotor'ku 2minggu)....aku menangis memohon ampun, memohon ketenangan diri dan lapang dada untuk terima ketentuan Allah....dan aku terbayang betapa sedihnya aku di bilik hotel dan keluargaku yang lain dapat mengerjakan umrah...ya Allah aku dah bayang semua tu sebelum berangkat lagi...setelah beberapa hari kumuhasabah...Alhamdulillah aku diberi ketenangan sedikit..pada hari ke3 haid (6 hari sebelum berangkat) tiba-tiba mak aku call dan memberi nasihat kepadaku untuk mengambil ubat supaya dapat memberhentikan haid...ya Allah...di saat aku sudah redha...Allah memberi peluang lain sebagai ikhtiar akhir....namun aku masih berfikir-fikir adakah ini yang Allah mahu atau aku yang tamak nak sangat haid berhenti....setelah difikir-fikir lagi, jadi selang 2 hari baru aku berjumpa doktor..menurut doktor, haid boleh berhenti dalam tempoh 2 hari bila ambil ubat 'berhenti pendarahan' dan ubat 'tahan sakit'...biasanya doktor akan bagi ubat hormon tapi doktor sarankan tak perlu sebab takut akan lebih teruk lagi dan mengalami pendarahan luar biasa...aku pun ikut je nasihat doktor dan sememangnya aku bertawakal dan tidak mengharapkan apa-apa pada ubat tu walaupun di hati kecil ni memang mengharapkan keajaiban berlaku. Aku mula makan ubat setelah berjumpa doktor iaitu pada hari ke-5 haid...selang 2 hari haidku masih ada walaupun tidak banyak..dan kuantitinya lebih kurang sama seperti tanpa ubat..hmm...takpela aku kena redha...

Hari berangkat ke tanah suci

Pada pagi Jumaat 23/1/2015 aku mandi sunat ihram....ya...aku belum suci lagi...jadi aku mandi sunat ihram walaupun belum suci lagi (dibolehkan walaupun masih haid)...ku lihat ahli keluargaku yang lain begitu bersemangat dengan memakai kain ihram dan mak sudah siap bertelekung...aku bertudung biasa dan berjubah....tapi aku tetap senyum bersama mereka supaya tidak kelihatan sangat resah dan gelisahku....aku perlu redha...ramai adik beradik yang lain turut sama menghantar...Alhamdulillah...

KLIA

Kami dijadualkan berlepas pada jam 3petang...sebelum menaiki kapal terbang..ahli kumpulan Hidayah Travel and Tours Sdn. Bhd seramai 17 orang masing-masing mengerjakan solat jamak taqdim zohor asar...aku? huhu tukang jaga beg la...rasa sedih sangat-sangat..tapi kutahankan je...ingat Allah baru boleh senyum...sebab apa yang terjadi itulah yang terbaik...walaupun sedih tapi Allah tetap bagi aku pengalaman naik kapal terbang...masyaAllah seronok juga nak naik ni ....first time la katekan...kesian kan..aku menaiki Saudi Airline...okla kapal terbang pertama arab saudi...kalau Malaysia MAS kan...haa ni kategori MAS jugalah...so agak selesa...aku ditempatkan bersama mak dan adik aku bertiga di bahagian tengah...suamiku terpisah di baris belakang..manakala adik lelakiku dan abah di barisan hadapan....excited?..memang excited lebih-lebih lagi kapal terbang ni ada live show iaitu boleh tengok pandangan hadapan, bawah dan map 3D...so dapatlah tengok pandangan depan masa kapal terbang nak berlepas walaupun duduk di seat tengah-tengah...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Di atas awan

Perjalanan dijangka mengambil masa 8 jam...hmm...tak dapat kubayangkan warga emas yang tidak boleh duduk lama tu bagaimana mereka atasi situasi ini....

seronoknya dalam Saudi Air ni kami diberi headphone boleh dengar lagu, ayat quran, tengok cerita, macam-macam la sebab ada skrin kat depan kami..so aku pun apa lagi...nak tengok cerita?...oh tak mungkin la...tak feel nak ke tanah suci...kita dengar lah ayat suci Al-Quran...surah apa ye?...hmm...nak memujuk hati yang lara ni kuulang-ulang surah Ar-Rahman...Allah yang Maha Pengasih...apa yang sedapnya iaitu ayat 'Fabiayyi alai rabbikuma tukazziban'...maksud 'maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?'...ayat ini diulang-ulang berkali-kali sehingga 31 kali...fuhh...nak sedih apa lagi...banyak sangat dah nikmat yang Allah bagi...jangan jadi kufur nikmat...dahla qari daripada Arab...masyaAllah mendayu sungguh...terasa kasih sayang Allah yang maha Agung...nak apa lagi?....

Dalam perjalanan kami dihidangkan 2 kali hidangan berat...sedap?..memang sedap...tak tipu..jadi aku, mak dan adik selalu pilih meal yang berbeza supaya kami boleh saling merasa meal yang lain...masa tu pilihan 'beef, chicken or fish'...haha tu ayat pramugari tanya...2jam sebelum sampai ke Jeddah hidangan lain pula sampai...masa ni kat luar nampak cerah lagi tau...sebab kami menuju ke barat...jadi waktu menjadi slow la..sedangkan patutnya dah pukul 9malam...sebab dah 6 jam perjalanan...shield tingkap pun pramugari tak bagi buka sebab cerah dan mungkin ada penumpang yang nak tidur...yela dah malam tapi masih cerah hihi...maghrib?...eh..belum masuk waktu lagi jadi tak perlu fikir nak sembahyang lagi...lagipun boleh jamak ta'khir bila sampai nanti..ooh..berbalik kepada meal yang kedua kami dihidangkan ala-ala supper malam la...so pilihannya 'rice or noodle'...noodlenya mengancam sebab ala-ala maggi...Alhamdulillah kenyang...lepas tu ada pula choice 'tea or coffee'...memang high class la Saudi Air...suka-suka..

2 jam sebelum sampai ke Jeddah..kami diingatkan oleh pilot untuk bermiqat di Qarnul Manazil iaitu kira-kira sejam sebelum sampai ke Jeddah..aku pun perlu berniat walaupun masih dalam haid..bermula daripada saat kami berniat..maka larangan-larangan dalam ihram pun bermula iaitu...bagi lelaki tidak boleh memakai pakaian bercantum, tidak boleh menutup kepala dan bagi perempuan tidak boleh menutup muka...manakala bagi larangan lain adalah tidak boleh mencabut rambut, bulu dan kuku, memburu haiwan yg boleh dimakan, mencabut pokok, bersama suami isteri, berbual dan berperilaku hampir kepada bersama suami isteri (menimbulkan shahwat)....tak susah sebenarnya mengikut larangan ni...

Sebelum cerita landing...saje nak bagitau masa atas awan ni adala gegar-gegar sikit..macam ala-ala naik bas...aku ni maklum la first time...aku pun tanya mak aku...memang macam ni ke masa mak pergi haji dulu....mak cakap 'Tak'....oo ok...aku pun wat biasa jela...sebab aku fikir memang biasa kot...lagipun masa tu lalu atas laut...bila dah masuk ke tanah Arab...ok je..

Jeddah

Alhamdulillah lebih kurang jam 7 malam (waktu Arab) seperti yang dijadualkan kami sampai ke lapangan terbang Jeddah...ok masa ni dah gelap sebab kat Arab masuk maghrib pukul 6.10 gitu...so memang dah gelap...canggih?...memang tak la kalau nak dibandingkan dengan KLIA...jadi nak turun dari kapal terbang kene turun tangga bukan pakai ala-ala penyambung ke terminal tu...pastu naik bas menuju ke imigresen...(KLIA kan naik train...memang beza sikit..tapi lapangan terbang Riyadh maybe canggih macam KLIA)..

Sesampai je bahagian imigresen...satu lagi ujian berlaku...kami yang perempuan ni senang lepas...lelaki berumur pun senang lepas...yang susah nak lepas ni lelaki muda...so 2 orang adikku dan suamiku kene periksa detail la...maklumlah sebelum ni ada kes jemaah umrah datang untuk join IS...entahla gitu yang aku dengar...so lama jugala menunggu..lebih kurang 2-3jam kami yang perempuan ni menunggu...dah nak habis jemaah diperiksa..barula selesai adik-adikku dan suamiku melepasi imigresen...Alhamdulillah...

Kesian ahli kumpulan Hidayah yang lain terpaksa menunggu kami ni...maaf ye...keluarga kami 7 orang majoriti dalam kumpulan Hidayah...

Perjalanan ke Mekah

Daripada lapangan terbang kami dijemput oleh mutawif Indonesia (memang rata-rata mutawif laki dan wanita adalah dari Indonesia) menaiki bas ke tanah suci Mekah...dalam perjalanan tiba-tiba abah memulakan talbiyah...apa lagi jemaah lain pun ikut...
'Labbaikallahumma labbaik..
labbaika la syarikalakalabbaik..
innalhamda..wanni'mata..
lakawalmulk...la syarikalak'
maksud ...'Kami menyahut panggilanMu Ya Allah kami menyahut panggilanMu
Kami menyahut panggilanMu tiada sekutu bagi Mu kami menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji dan nikmat
hanya untuk Mu...tidak sekutu bagi Mu..
syahdu kan....ramai yang menangis walaupun penat...aku?..memang mengantuk tapi rugi rasanya tidak melihat tanah Arab dan bertalbiyah...perjalanan ke Mekah mengambil masa 1 jam lebih ....kulihat pemandangan malam yang begitu asing apabila hampir memasuki kota Mekah yang sentiasa dikelilingi tulisan Arab pada papan tanda kedai dan jalan...ada yang aku faham ada yang 'la afham' (aku tidak faham)...setelah hampir memasuki Mekah..ku bersiap sedia untuk membaca doa memasuki Mekah...tiba-tiba nampak jam besar...ya Allah dah sampai...cahaya yang terang benderang yang pastinya daripada Masjidil Haram dapat dilihat dengan jelas...sayunya hati bercampur gembira tatkala bas berhenti di hotel Al-Saraya...menandakan kami benar-benar hampir di Masjidil Haram (300m ke Masjidil Haram)..

Hotel

Sesampai saja di Hotel jam menunjukkan pukul 11.00 malam (waktu Arab..waktu Malaysia 4 pagi)...masing-masing kelihatan cukup penat tetapi teruja untuk terus mengerjakan umrah...kami check in hotel dan dijamu makan malam...makanannya sama macam di Malaysia....so takde yang asing dari segi makanan...sedap lagi...hotel ini kebanyakkannya diduduki oleh tetamu daripada Malaysia dan Indonesia..jadi kami cukup selesa dengan suasana yang biasa kami lalui..jemaah terus diminta ke lobi pada jam 12.30 tengah malam untuk mengerjakan umrah bersama-sama mutawif...aku?...hmm...di mana lagi ke kamar jela...sambil memasang TV aku dapat melihat suasana dalam masjidil Haram secara live...alhamdulillah terubat juga rindu melihat kaabah...yang begitu dekat tetapi belum bisa dilihat dengan mata kasar ini...di bilik aku cuba melelapkan mata sambil lampu terpasang dan tidak dibuka aircond..sebab kurasakan malam itu cukup sejuk dan nyaman...aku tunggu ahli keluargaku balik dari mengerjakan umrah yang mungkin mengambil masa 2jam lebih...tapi kelibat mereka tiada...lalu aku pun tertidur sehingga jam 5.30 pagi...Subuh masuk jam 5.40 pagi...ku dengar azan dilaungkan dari masjidil Haram dengan jelas dan begitu sayu sekali...tak tertanggung rasa hati yang begitu sedih tidak dapat ke sana....ihram?..yaa...memang aku masih lagi dalam ihram kerana aku mesti berniat di Qarnul Manazil bersama jemaah lain walaupun aku belum 'suci'...jadi sepanjang aku masih dalam haid aku memakai serkup kepala sepanjang masa termasuklah waktuku tidur kerana khuatir rambutku tercabut..nanti kena bayar dam...kepala gatal tu memangla gatal..nak buat macam mana...aku hanya boleh tekan-tekan jela kepala ni bagi hilang gatal...tepat jam 6.10 gitu...mak dan adikku sampai ke bilik...seronoknya melihat mereka selesai mengerjakan umrah dan tidak dalam ihram lagi...jadi kami pun terus bersarapan pagi bersama-sama...

Bagaimana kesudahan kisahku di Mekah...lihat post Layakkah aku menjadi tetamu Allah?

Sunday, 13 April 2014

Adobe Flash CS3 plak

Assalamualaikum...alhamdulillah kali ni aku ingin berkongsi tentang Adobe Flash CS3 horey..

Cara-caranya :

  1. Pergi pada laman http://www.mediafire.com/download/bs1re6a2lunambc/Adobe+3+in+1+part+2.rar
  2. Muatturun folder archive tersebut
  3. Install
  4. Siap
  5. Tak perlu serial number / crack
Selamat Mencuba!!

Sunday, 23 February 2014

Jom Download Adobe Dreamweaver CS6

Alhamdulillah tepat jam 2.30 pagi, aku dapat install adobe dreamweaver cs6..hoyeyyy...padahal orang lain buat cepat je haha...aku jenis slow sket dan tak suke kalau ada downloading yang diselangi dengan survey.

Baiklah, berikut adalah cara-cara download dan install :

  1. Layari Web Market Master (Dreamweaver CS6)....macam2 software trial ada di sini.
  2. Selesai download pastikan di mana folder Adobe Dreamweaver berada. contohnya di Desktop.
  3. Kemudian download patch (crack)...untuk dapatkan full version --- kredit youtube
  4. Selesai download kedua-dua folder, klik pada folder Desktop/Adobe Dreamweaver
  5. Pilih Set-up
  6. Jika keluar pop up, pilih Ignore.
  7. Klik Next untuk teruskan (tak ingat ade butang next atau tak hihi asalkan installing berjalan ok!)
  8. Bila berjaya install, pastikan pula di mana folder Adobe Dreamweaver yang dah diinstall, biasanya folder tu berada di: C:\Program Files (x86)\Adobe\Adobe Dreamweaver CS6
  9. Kemudian, buka folder crack tadi, baca ReadMe.
  10. Copy mana-mana fail sama ada 32 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files) dan pilih 64 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files (x86)
  11. dan paste kan pada folder dreamweaver tadi...then replace pada file amtlib.dll sedia ada.
  12. Akhirnya cuba la buka app Adobe Dreamweaver ni...dengan klik pada icon Dreamweaver.
Selamat Mencuba....hihi ayat penerangan mungkin xsedap tp harap2 faham ye...
Dah dapat..jangan lupe sebut....ALHAMDULILLAH :)

Tuesday, 7 January 2014

Post Lasik : 35 hari



Pada 6/1/2014..35 hari selepas 4/12/2013 (hari lasik dijalankan)...aku menjejakkan kaki ke kedai kaca mata dengan tujuan memeriksa power mata. Sejak minggu pertama selepas lasik lagi rasa tak sabarku membuak-buak untuk memeriksa tahap penglihatan baruku.

Akhirnya, sampai juga aku ke kedai kaca mata sambil menjinjit makanan segera untuk dibawa pulang selepas habis dari sekolah.

Aku : Cik, saya nak cek power mata boleh?
Optometrist : Ok. letak dagu di sini.

Selepas satu mata ke satu mata...tiba-tiba....
Optometrist : Ok mata awak takde masalah.
Aku : Power 0 ke?
Optometrist : Ya.
Aku : Dua-dua mata power 0 ke? (nak sangat kepastian)
Optometrist : Ya dua-dua ok power 0

Alhamdulillah..lasik yang aku jalani sebulan yang lalu memang berjaya dan keyakinanku makin bertambah. Malah mataku sekarang tidak terasa kering seperti 2 minggu sebelum ini. Aku sudah bebas dari ubat titik mata. Cuma jika terasa macam sayang pada mata, aku pun saje2 titikkan.

Apa lagi...bagi yang berhajat buat lasik...teruskan niat anda kerana ianya memang berbaloi-baloi..