Thursday 19 February 2015

Cerita Umrahku : Kisah dan Pengajaran

Bismillahirrahmanirrahim....post kali ni akan kuceritakan kisah yang dilalui oleh kami sekeluarga dan kisah serta pengajaran yang kucoretkan jika bercanggah dengan pendapat anda itu terpulang...kerana ini adalah apa yang aku dan keluarga rasa....kerana setiap apa yang berlaku adalah berbalik kepada diri sendiri walaupun ianya berlaku pada orang lain...cara kita melihat kisah tersebut mungkin berbeza mengikut tahap iman masing-masing...

Tema : 'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?'

Tema ni kuberikan atas 4 rentetan kisah yang berkait dan berlaku di kota suci Mekah dan Madinah...

Kisah 1 (Mekah) :

Kisah ini dialami oleh mak dan adikku yang tatkala ini aku tidak turut serta kerana masih uzur...kisah ini berlaku pada hari ke-4 kot...di mana mak dan adikku dah sememangnya arif tentang persekitaran masjidil haram...namun apa yang berlaku mak dan adikku tidak menemui jalan ke luar dari masjidil haram...dan sesat serta berulang kali jumpa pada jalan yang sama...sedang mak dan adikku mencari-cari jalan keluar...mereka didatangi oleh seorang lelaki tua yang masih cergas beruban sedikit dan berkulit coklat...dari gaya bukan orang arab...mungkin ala-ala pakistan...dan berpakaian ihram...lelaki itu menyapa mak dan adikku dalam bahasa inggeris...dan meminta pertolongan dari segi kewangan...ceritanya dia hendak pulang ke madinah bersama isteri dan ibunya..namun dia tiada wang untuk ke sana...dan katanya setiap orang memerlukan belanja 100 riyal...pada tika itu...mak memang mempunyai duit yang baru diberi oleh abah sebelum ini...lantas mak pun memberi 300 riyal (lebih kurang RM290) kepada lelaki itu....yela..kalau aku pun mungkin akan bantu juga...tak mungkin orang lelaki ni sanggup menipu di dalam masjidil haram...tak mungkin...kemudian...lelaki tu mengucapkan terima kasih dan terus menadah tangan berdoa dalam bahasa inggeris memohon agar memberikan kebahagiaan kepada ibuku dan adikku serta ahli keluarga yang lain...doa yang dibacakannya membuatkan ibu dan adikku mengeluarkan air mata...mungkin sayu apa yang didoakan oleh orang lelaki tadi...lelaki tadi betul-betul mengucapkan syukur dan terima kasih kepada mak dan adikku...selang beberapa lama selepas itu...mak dan adikku dapat menemukan jalan keluar dari masjidil haram dan menuju ke hotel dengan selamat.

Kisah 2 (Mekah) :

Kisah ini pula dialami oleh dua orang adik lelakiku..ketika ini adik-adikku sedang mengerjakan sai bagi umrah yang ke-3 iaitu pada hari ke-5...sedang mereka bersai tiba-tiba didatangi seorang lelaki tua yang digambarkan sama seperti yang didatangi mak dan adikku sebelum ini..dengan cerita yang sama iaitu memerlukan bantuan kewangan kerana ingin pulang ke madinah...tanpa berfikir panjang...adikku pun memberikan 100 riyal kepada lelaki tadi...walhal adikku baru sahaja diberi 100 riyal oleh abah pada sebelah pagi...adikku berfikir mustahil ada manusia yang sanggup berbohong di masjidil haram ini...takpela...lelaki itu pun berdoa seperti mana doa yang dibacakan oleh lelaki yang mendatangi mak dan adikku sebelum ini....namun...doa yang dibacakan tidak sayu dan bersahaja berbeza dengan doa lelaki sebelum ini..

Kisah 3 (Madinah) :

Kisah ini dialami oleh aku, mak dan adik perempuanku di Madinah...ketika selesai solat Subuh...tiba-tiba aku dengar....'Do you speak english?' bunyinya sayup-sayup je...bila aku toleh ke kanan...kelihatan sepasang suami isteri dengan wajah yang sugul dan seorang anak di dalam stroller yang kelihatan cukup gembira bermain sendiri...oh rupa-rupanya mereka menyapa kami..'yes?'...aku pun menjawab ala-ala london gak...gambaran mereka bukan warga arab mahupun turki...tetapi kelihatannya seperti warga pakistan berdasarkan pakaian...kali ini adalah pasangan muda...suaminya menceritakan bahawa isterinya kehilangan beg di masjid...dalam hatiku...macam mustahil orang nak curi beg dalam masjid...aku dah tersenyum-senyum sambil mengingatkan kejadian yang dialami oleh mak dan adikku di tanah suci mekah sebelum ini....adikku lantas berkata 'we dont have enough money'...ewaah...omputih juga adikku ni...yela dah hari-hari terakhir kami di tanah suci...duit pun memang dah banyak digunakan...aku memang tak bawa duit langsung..so mak pun keluarkan beg duitnya...namun yang ada hanyalah beberapa keping RM1 yang memang disediakan untuk bersedekah...terus mak mengambil beberapa keping yang tidak sampai RM10 pun jumlahnya....lantas diberi kepada wanita tadi....aku melihat reaksi wanita itu dengan ekor matanya yang masih memandang ke dalam beg duit mak aku....lantas aku terus bersalam dengan wanita tadi dan memberi salam bagi mengakhirkan pertemuan kami...namun apa yang kulihat begitu mengejutkanku...wanita tadi senyum kambing dan sedikit mencebik...reaksi wajah ini turut dilihat oleh adikku...ya Allah...dah dapat tapi tak bersyukur,,..tapi suaminya mengucapkan terima kasih..

Kisah 4 (Madinah) :

Kisah ini juga dialami oleh aku, mak dan adik perempuanku....masa ni kami dalam perjalanan menuju ke masjid dari hotel...sedang kami berjalan tiba-tiba kami disapa oleh seorang warga tua ala-ala pakistan juga dan berserban serta berpakaian yang agak lusuh berwarna kuning keperangan...dia hanya berkata 'satu riyal'...ya dia cakap melayu....orang-orang kat arab ni pandai cakap melayu sikit-sikit...so senang nak membeli belah..hihi...ok berbalik kepada orang tua tadi...aku takut aku salah dengar perkataan 'satu riyal' tadi...tetapi setelah diulang...aku cakap dengan mak...'mak, dia minta satu riyal je..'...lantas mak aku pun terus membuka beg duit dan kebetulan memang ada 1 riyal dan terus memberi orang tua tersebut...dengan rasa syukur tapi tanpa kata orang tua itu pun berlalu...dalam hatiku...bagusnya orang ni tak kisah pun dapat 1 riyal je..

Kesimpulan :

Haa...amacam?....nampak tak apa yang dapat dikaitkan daripada keempat-empat kisah ni...

kisah 1 : orang tu minta duit banyak dan diberi duit banyak lantas menunjukkan rasa syukur yang teramat sangat...
kisah 2 : orang tu minta duit banyak dan diberi duit yang sederhana banyak lantas menunjukkan syukur tapi tidak sehebat orang yang dapat duit banyak
kisah 3 : orang tu minta duit banyak tapi diberi duit yang sedikit dan mencebik pula
kisah 4 : orang tu hanya meminta duit yang sedikit dan menerima apa yang diminta serta bersyukur

Samala seperti kita...bila kita minta sesuatu yang besar...dan Allah bagi yang besar bukan main kita bersyukur...seronok..solat sunat....sujud syukur siap...tapi bila Allah bagi tak sebanyak yang kita nak...kita pun syukur gitu-gitu je...tak buat pun solat sunat...dan bila Allah bagi sikit sangat...terus kita cebik dan takde rasa syukur dan mungkin kita rasa marah....dan bila kita dah terlalu tersepit dan memohon dapat sikit pun jadila...dan Allah pun memberi apa yang kita nak....kita dapat sikit pun kita rasa bersyukur kan...

Jadi...3 kisah yang pertama tu mungkin kita masih tidak sedar bahawa nikmat yang Allah beri itu begitu besar walaupun nilainya sedikit dan Allah nak menguji kita sejauh mana kita bersyukur...bila kita dah jadi no.4 dalam keadaan papa..lusuh..takde tempat mengadu...barula kita tersedar dan menerima apa saja yang Allah bagi....sebenarnya orang ke4 la orang terbaik yang perlu kita ikuti...dalam keadaan rendah diri dan bersyukur walaupun sedikit...

Kesimpulannya jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur...jangan jadi hamba yang dalam murka Allah yang tidak tahu bersyukur...cara bersyukur bukan sahaja mengucapkan alhamdulillah tetapi lakukan perkara yang Allah suka termasuk perkara sunat...banyakkan amal dan bersedekah...sesungguhnya kisah ini cukup terkesan dalam diri kami sekeluarga...terlalu banyak nikmat Allah yang tidak kita sedar...dalam perut kita yang kecil ini pun Allah yang jaga....pernah ke kita minta ya Allah tolong la cernakan makanan yang baru kumakan tadi...tak ada kan...Allah tetap menjaga kita walaupun kita tidak minta...aku menaip ni pun atas izin Allah dan pergerakan Allah jua..

Sebelum kami berpisah...aku ada bertanya ahli kumpulan kami iaitu hidayah travel jika ada terjumpa orang yang minta duit...yang peliknya tak ada siapa pun yang berjumpa dengan peminta sedekah begini...wallahualam..

Tema : Sangka baik sebelum vs sangka buruk selepas

Kisah 1 :

Kisah ini berkaitan denganku dan mempunyai kaitan di antara kisah pasangan suami isteri pakistan yang meminta duit...sebenarnya selepas perbualan kami dengan pasangan pakistan itu....aku mula berfikir 'tak mungkin la ada barang hilang kat masjid nabawi ni'....dan dalam fikiranku nak je balas balik apa yang pasangan tu cakap...aku nak je cakap 'mustahil la kat sini boleh hilang'....

Pada keesokan harinya selepas solat zohor...kami bertujuh merancang hendak melakukan ziarah widaa...dan berjanji berjumpa di hadapan gate utama masjid...selesai solat zohor...aku, mak dan adik bergegas ke tempat simpanan kasut yang telah kami simpan di dalam beg kain yang dicerut dengan tali...setelah kami sampai di rak tersebut...yang kelihatan hanyalah kasut aku dan adikku...kasut ibuku yang berkongsi beg dengan aku tiada...sebenarnya sebelum solat zohor waktu hendak keluar ke toilet..ibuku telah perasan bahawa kasutnya yang berada dalam beg yang sama dengan beg ku telah ditukar oleh orang lain...pelik kan...orang tu menukar kasut yang sememangnya berada dalam beg yang sama dengan kasut ku dengan kasut yang hampir sama dengan kasut mak...tapi mak fikir mungkin nanti orang tu pulangkan balik..kasut ku masih elok berada dalam beg.....namun selepas solat zohor...kasut yang ditukar tu pun tak ada..apatah lagi kasut mak aku yang asalnya ada dalam beg aku tu pun tidak dipulangkan...lantas kami bertiga mencari 3 rak yang berada berjauhan untuk menemukan kasut mak ku...tapi ternyata kasut mak tetap tiada....aku turut beristighfar...apa yang tak kena ni...dah simpan dalam beg yang unik pun boleh hilang...

Namun, kami terus bergerak ke tempat yang telah dijanjikan bersama dengan abah, suamiku dan adik lakiku...sebelum bergerak....aku dan adikku pun offer selipar kami...yela kesian mak pakai stokin je jalan...setelah dicuba pakai...mak pilih selipar aku sebab ada getah kat belakang...sodap katenye...so aku la yang berstokin je..sambil jalan....tapi tempat kami jalan tu marmar jadi tak de la sakit ke ape ke..cuma stokin ku mungkin kotor dan berhabuk la sikit....dalam masa yang sama mataku tertumpu pada kaki orang yang lalu lalang...kononnya nak tengok sape pencopek kasut mak.....

Nampak tak mane silapku?...mak aku yang hilang kasut tapi aku yang berkaki ayam...huhu....sebelum ni kan aku ada terfikir yang kononnya kat masjid tak mungkin ada barang hilang....nahh...mane fikiran suci ku dulu yang bajet bagus tu??...sedangkan tatkala ini aku berprasangka buruk pada orang yang lalu lalang yang kononnya salah sorang daripada mereka pencuri kasut mak...Allah baru nak uji sikit betul ke aku yakin kat masjid ni tak berlaku kecurian....huhu ternyata aku gagal dalam ujian ni...aku terus bersangka buruk pada orang....entah-entah mungkin kasut mak aku ada di celah-celah mana yang tidak kelihatan oleh mata kasar kami...astaghfirullah...aku gagal...halus betul ujian ni...tapi alhamdulillah aku nampak apa yang Allah nak tunjuk....tq Allah...berbalik pada kisah kasut mak aku...haha adik lakiku bawa mak aku membeli selipar baru yang lebih selesa dan cantik daripada selipar asalnya...wahh...untung mak aku..dah la tak berkaki ayam..dapat selipar baru dan selesa pula tu...

Kisah 2 :

Kisah ni berlaku dalam bas yang dialami oleh salah sorang ahli hidayah...tapi aku jadikannya sebagai pengajaran buatku...

Semasa menunggu pemandu bas naik daripada ladang kurma...kami yang telah berada di dalam bas didatangi oleh seorang penjual minyak wangi...tak pasti la orang mana...sebab rata-rata yang menjual bukan orang tempatan...tetapi orang luar yang takde lesen...penjual tersebut naik ke dalam bas dan menjual minyak wangi sekotak dengan harga 120 riyal dan mengandungi 10 botol...seorang-seorang dia tanya namun tiada siapa yang beli sampailah kepada seorang jemaah lelaki ni...

sebenarnya jemaah lelaki ni pernah bercakap sebelum sampai ke tanah suci lagi bahawa dia tidak akan tawar menawar harga barang dan akan beli barang yang dijual...nahh...Allah datangkan penjual ni untuk mengujinya..

berbalik kepada cerita penjual tadi...penjual tadi beria-ia menjual minyak wangi kepada jemaah lelaki tersebut tetapi jemaah tersebut merasakan tidak perlu membelinya dan ingin membeli satu sahaja sekadar untuk membantu...tetapi penjual tadi terus mendesak dan mendesak sampaikan aku yang berada berhampiran pun jadi geram dengan cara penjual tadi...jemaah lelaki tadi kata 'mahal..mahal'...lantas penjual terus turunkan harga kepada 100 riyal...dan turun lagi menjadi 80 riyal..namun jemaah tadi tetap tidak mahu membeli minyak wangi yang dijual...setelah dipaksa akhirnya jemaah lelaki tadi membeli juga minyak wangi tersebut...

mungkin di sini Allah nak uji betul ke niat kita sebelum datang ke tanah suci masih kekal sama atau hakikatnya kita tidak sebagus itu?...hmm..alhamdulillah jemaah tadi berjaya mengharungi ujian tersebut walaupun sedikit kurang daripada niat asal iaitu mengurangkan harga asal...

Kesimpulan :

Jika kita benar-benar mempunyai husnu zhan (sangka baik)...Allah pasti akan uji kita betul ke kita bersangka baik dan sentiasa bersangka baik walau apa sekalipun....jangan plak bila kita didatangi peristiwa yang membuatkan kita marah...terus kita bersangka buruk....hmm...rosak sifat mahmudah asal kita yang telah ditanam dalam-dalam tetapi kecundang dengan sedikit peristiwa....jadi..tanamkan sedalam-dalamnya sangka baik kita dan pastikan tiada apa yang dapat merosakkan prasangka kita daripada baik ke buruk...kerana apa yang kita sangka tu la yang mencerminkan diri kita sendiri...wallahualam

Tema : Apa yang ada pada kita itulah yang terbaik

Kisah 1 (Mekah) :

Kisah ni cukup simple tetapi memberi kesan kepada yang mengalami...adik lelakiku baru lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan...jadi keputusan mengerjakan umrah ni begitu senang disambut...Alhamdulillah...namun selepas 2-3 hari berada di Mekah ntah apa dalam kotak fikirannya tatkala itu dia melihat aku berehat di dalam bilik dan dia saja datang ke bilik sebelum pergi ke masjidil haram untuk mengerjakan solat maghrib...adik lelakiku ni manja sikit dengan mak...jadi dia kerap ke bilik kami...tiba-tiba satu ayat terpacul dari mulutnya....'best la kaklang dapat tidur je'...memang masa tu aku masih uzur....hmm...dalam hatiku terdetik adikku ni tak tau ke yang aku ni tengah sedih tak dapat buat umrah..tak dapat solat dalam masjidil haram...

Esoknya sesudah subuh...adikku tiba-tiba bergegas balik ke hotel..terasa hendak muntah...dan bermulalah episod demam dia pada hari itu...dapat la dia berehat di bilik...sampaikan solat pun kat bilik..dan tidur je memanjang...esoknya pun masih belum sembuh dan tidak dapat mengerjakan umrah kali ke4 bersama keluarga yang lain...sampaikan dia berasa boring duduk di dalam bilik...

Haa...nampak tak Allah dah bagi cash...dalam demam-demam tu...mujur adikku tersedar di mana silapnya....iaitu apa yang dia cakap padaku tu tidak patut sama sekali...dia sepatutnya seronok dapat beribadat di mekah bukannya seronok berehat di hotel....Alhamdulillah...demamnya kebah selepas 2 hari..dan dapat mengerjakan tawaf widaa dengan baik...

Kesimpulan

Jangan kita melihat apa yang orang lain dapat dan rasa itu lebih baik daripada apa yang kita ada...sebab Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk kita...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebab tak semestinya baik yang kita nampak pada orang lain tu adalah baik untuk kita...

No comments:

Post a Comment