Wednesday 18 February 2015

Cerita Umrahku : Awal Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah post kali ni ingin sekali aku menceritakan perjalanan sebelum, semasa dan selepas, ujian-ujian yang ditempuh serta pengajaran yang diperolehi sepanjang aku di tanah suci...tempoh perjalanan adalah daripada 23/1/2015 hingga 3/2/2015..kira-kira 12 hari termasuk perjalanan..aku merancang ke tanah suci bersama 6 orang ahli keluarga yang lain iaitu suamiku, mak, abah, 2 adik laki dan sorang adik perempuan..

Pada asalnya perjalanan dirancang pada 25/1/2015..tetapi ejen tukar rancangan maybe atas sebab tiket kapal terbang kot..emm..takpela aku tak kisah sangat cuma biasalah perempuan ni terhalang daripada menjalankan ibadah umrah atas satu sebab yang sukar dielakkan iaitu 'haid'.

Ingin dinyatakan di sini...kisah ini bukanlah untuk bermegah untuk menyatakan sampainya diri ini di tanah suci tetapi hanya untuk berkongsi rasa dan pengajaran yang diperolehi sepanjang perjalanan di tanah suci Mekah dan Madinah.

Seminggu sebelum ke tanah suci

Ujian Allah datang padaku sejak sebelum ke tanah suci lagi...kerana daripada kiraanku tarikh suciku jatuh pada hari terakhir aku di Mekah..dengan erti kata lain aku mungkin tidak dapat mengerjakan umrah...Subhanallah...sedih bukan kepalang..sedangkan pada asal kiraan sepatutnya sekurang-kurangnya 3 hari sahaja aku 'kotor' tetapi setelah haidku lewat hadir sebulan sebelum berangkat pergi, jadi kiraannya menyebabkan aku kotor selama 7hari di tanah suci....aku memujuk hati 'Allah bersama orang yang sabar' dan aku tahu ada perkara dan dosa yang menyebabkan aku begini. Sememangnya setiap apa yang berlaku terutama yang tidak kita senangi pastinya berpunca daripada kita juga. Setelah kumuhasabah diri ini, baru aku tersedar selama ini aku sering bersangka buruk. Seebnarnay aku selalu mendengar kisah wanita yang ke tanah suci tidak dapat mengerjakan umrah kerana haid tiba-tiba dan ada juga wanita tua yang telah 2 tahun tidak didatangi haid tetapi apabila berkunjung ke tanah suci haidnya datang pula. Lantas, aku terus menyangka mungkin wanita ni ada buat dosa dan menyebabkan Allah tidak mengizinkan dia mengerjakan umrah....Nahhh....alih-alih aku pula yang mengalami kedatangan haid...Astaghfirullah...Allah dah balas cash kat aku...memang padan muka aku...sesungguhnya kita dilarang sama sekali bersangka buruk kepada manusia ciptaan Allah yang lain...JANGAN BERSANGKA BURUK...itulah pengajaran pertama aku sebelum ke tanah suci....terima kasih Allah memberikan aku satu pengajaran yang mungkin aku tidak sedar....

Jadi setiap malam dalam keadaan masih 'kotor' (biasanya tempoh 'kotor'ku 2minggu)....aku menangis memohon ampun, memohon ketenangan diri dan lapang dada untuk terima ketentuan Allah....dan aku terbayang betapa sedihnya aku di bilik hotel dan keluargaku yang lain dapat mengerjakan umrah...ya Allah aku dah bayang semua tu sebelum berangkat lagi...setelah beberapa hari kumuhasabah...Alhamdulillah aku diberi ketenangan sedikit..pada hari ke3 haid (6 hari sebelum berangkat) tiba-tiba mak aku call dan memberi nasihat kepadaku untuk mengambil ubat supaya dapat memberhentikan haid...ya Allah...di saat aku sudah redha...Allah memberi peluang lain sebagai ikhtiar akhir....namun aku masih berfikir-fikir adakah ini yang Allah mahu atau aku yang tamak nak sangat haid berhenti....setelah difikir-fikir lagi, jadi selang 2 hari baru aku berjumpa doktor..menurut doktor, haid boleh berhenti dalam tempoh 2 hari bila ambil ubat 'berhenti pendarahan' dan ubat 'tahan sakit'...biasanya doktor akan bagi ubat hormon tapi doktor sarankan tak perlu sebab takut akan lebih teruk lagi dan mengalami pendarahan luar biasa...aku pun ikut je nasihat doktor dan sememangnya aku bertawakal dan tidak mengharapkan apa-apa pada ubat tu walaupun di hati kecil ni memang mengharapkan keajaiban berlaku. Aku mula makan ubat setelah berjumpa doktor iaitu pada hari ke-5 haid...selang 2 hari haidku masih ada walaupun tidak banyak..dan kuantitinya lebih kurang sama seperti tanpa ubat..hmm...takpela aku kena redha...

Hari berangkat ke tanah suci

Pada pagi Jumaat 23/1/2015 aku mandi sunat ihram....ya...aku belum suci lagi...jadi aku mandi sunat ihram walaupun belum suci lagi (dibolehkan walaupun masih haid)...ku lihat ahli keluargaku yang lain begitu bersemangat dengan memakai kain ihram dan mak sudah siap bertelekung...aku bertudung biasa dan berjubah....tapi aku tetap senyum bersama mereka supaya tidak kelihatan sangat resah dan gelisahku....aku perlu redha...ramai adik beradik yang lain turut sama menghantar...Alhamdulillah...

KLIA

Kami dijadualkan berlepas pada jam 3petang...sebelum menaiki kapal terbang..ahli kumpulan Hidayah Travel and Tours Sdn. Bhd seramai 17 orang masing-masing mengerjakan solat jamak taqdim zohor asar...aku? huhu tukang jaga beg la...rasa sedih sangat-sangat..tapi kutahankan je...ingat Allah baru boleh senyum...sebab apa yang terjadi itulah yang terbaik...walaupun sedih tapi Allah tetap bagi aku pengalaman naik kapal terbang...masyaAllah seronok juga nak naik ni ....first time la katekan...kesian kan..aku menaiki Saudi Airline...okla kapal terbang pertama arab saudi...kalau Malaysia MAS kan...haa ni kategori MAS jugalah...so agak selesa...aku ditempatkan bersama mak dan adik aku bertiga di bahagian tengah...suamiku terpisah di baris belakang..manakala adik lelakiku dan abah di barisan hadapan....excited?..memang excited lebih-lebih lagi kapal terbang ni ada live show iaitu boleh tengok pandangan hadapan, bawah dan map 3D...so dapatlah tengok pandangan depan masa kapal terbang nak berlepas walaupun duduk di seat tengah-tengah...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

Di atas awan

Perjalanan dijangka mengambil masa 8 jam...hmm...tak dapat kubayangkan warga emas yang tidak boleh duduk lama tu bagaimana mereka atasi situasi ini....

seronoknya dalam Saudi Air ni kami diberi headphone boleh dengar lagu, ayat quran, tengok cerita, macam-macam la sebab ada skrin kat depan kami..so aku pun apa lagi...nak tengok cerita?...oh tak mungkin la...tak feel nak ke tanah suci...kita dengar lah ayat suci Al-Quran...surah apa ye?...hmm...nak memujuk hati yang lara ni kuulang-ulang surah Ar-Rahman...Allah yang Maha Pengasih...apa yang sedapnya iaitu ayat 'Fabiayyi alai rabbikuma tukazziban'...maksud 'maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?'...ayat ini diulang-ulang berkali-kali sehingga 31 kali...fuhh...nak sedih apa lagi...banyak sangat dah nikmat yang Allah bagi...jangan jadi kufur nikmat...dahla qari daripada Arab...masyaAllah mendayu sungguh...terasa kasih sayang Allah yang maha Agung...nak apa lagi?....

Dalam perjalanan kami dihidangkan 2 kali hidangan berat...sedap?..memang sedap...tak tipu..jadi aku, mak dan adik selalu pilih meal yang berbeza supaya kami boleh saling merasa meal yang lain...masa tu pilihan 'beef, chicken or fish'...haha tu ayat pramugari tanya...2jam sebelum sampai ke Jeddah hidangan lain pula sampai...masa ni kat luar nampak cerah lagi tau...sebab kami menuju ke barat...jadi waktu menjadi slow la..sedangkan patutnya dah pukul 9malam...sebab dah 6 jam perjalanan...shield tingkap pun pramugari tak bagi buka sebab cerah dan mungkin ada penumpang yang nak tidur...yela dah malam tapi masih cerah hihi...maghrib?...eh..belum masuk waktu lagi jadi tak perlu fikir nak sembahyang lagi...lagipun boleh jamak ta'khir bila sampai nanti..ooh..berbalik kepada meal yang kedua kami dihidangkan ala-ala supper malam la...so pilihannya 'rice or noodle'...noodlenya mengancam sebab ala-ala maggi...Alhamdulillah kenyang...lepas tu ada pula choice 'tea or coffee'...memang high class la Saudi Air...suka-suka..

2 jam sebelum sampai ke Jeddah..kami diingatkan oleh pilot untuk bermiqat di Qarnul Manazil iaitu kira-kira sejam sebelum sampai ke Jeddah..aku pun perlu berniat walaupun masih dalam haid..bermula daripada saat kami berniat..maka larangan-larangan dalam ihram pun bermula iaitu...bagi lelaki tidak boleh memakai pakaian bercantum, tidak boleh menutup kepala dan bagi perempuan tidak boleh menutup muka...manakala bagi larangan lain adalah tidak boleh mencabut rambut, bulu dan kuku, memburu haiwan yg boleh dimakan, mencabut pokok, bersama suami isteri, berbual dan berperilaku hampir kepada bersama suami isteri (menimbulkan shahwat)....tak susah sebenarnya mengikut larangan ni...

Sebelum cerita landing...saje nak bagitau masa atas awan ni adala gegar-gegar sikit..macam ala-ala naik bas...aku ni maklum la first time...aku pun tanya mak aku...memang macam ni ke masa mak pergi haji dulu....mak cakap 'Tak'....oo ok...aku pun wat biasa jela...sebab aku fikir memang biasa kot...lagipun masa tu lalu atas laut...bila dah masuk ke tanah Arab...ok je..

Jeddah

Alhamdulillah lebih kurang jam 7 malam (waktu Arab) seperti yang dijadualkan kami sampai ke lapangan terbang Jeddah...ok masa ni dah gelap sebab kat Arab masuk maghrib pukul 6.10 gitu...so memang dah gelap...canggih?...memang tak la kalau nak dibandingkan dengan KLIA...jadi nak turun dari kapal terbang kene turun tangga bukan pakai ala-ala penyambung ke terminal tu...pastu naik bas menuju ke imigresen...(KLIA kan naik train...memang beza sikit..tapi lapangan terbang Riyadh maybe canggih macam KLIA)..

Sesampai je bahagian imigresen...satu lagi ujian berlaku...kami yang perempuan ni senang lepas...lelaki berumur pun senang lepas...yang susah nak lepas ni lelaki muda...so 2 orang adikku dan suamiku kene periksa detail la...maklumlah sebelum ni ada kes jemaah umrah datang untuk join IS...entahla gitu yang aku dengar...so lama jugala menunggu..lebih kurang 2-3jam kami yang perempuan ni menunggu...dah nak habis jemaah diperiksa..barula selesai adik-adikku dan suamiku melepasi imigresen...Alhamdulillah...

Kesian ahli kumpulan Hidayah yang lain terpaksa menunggu kami ni...maaf ye...keluarga kami 7 orang majoriti dalam kumpulan Hidayah...

Perjalanan ke Mekah

Daripada lapangan terbang kami dijemput oleh mutawif Indonesia (memang rata-rata mutawif laki dan wanita adalah dari Indonesia) menaiki bas ke tanah suci Mekah...dalam perjalanan tiba-tiba abah memulakan talbiyah...apa lagi jemaah lain pun ikut...
'Labbaikallahumma labbaik..
labbaika la syarikalakalabbaik..
innalhamda..wanni'mata..
lakawalmulk...la syarikalak'
maksud ...'Kami menyahut panggilanMu Ya Allah kami menyahut panggilanMu
Kami menyahut panggilanMu tiada sekutu bagi Mu kami menyahut panggilanMu
Sesungguhnya segala puji dan nikmat
hanya untuk Mu...tidak sekutu bagi Mu..
syahdu kan....ramai yang menangis walaupun penat...aku?..memang mengantuk tapi rugi rasanya tidak melihat tanah Arab dan bertalbiyah...perjalanan ke Mekah mengambil masa 1 jam lebih ....kulihat pemandangan malam yang begitu asing apabila hampir memasuki kota Mekah yang sentiasa dikelilingi tulisan Arab pada papan tanda kedai dan jalan...ada yang aku faham ada yang 'la afham' (aku tidak faham)...setelah hampir memasuki Mekah..ku bersiap sedia untuk membaca doa memasuki Mekah...tiba-tiba nampak jam besar...ya Allah dah sampai...cahaya yang terang benderang yang pastinya daripada Masjidil Haram dapat dilihat dengan jelas...sayunya hati bercampur gembira tatkala bas berhenti di hotel Al-Saraya...menandakan kami benar-benar hampir di Masjidil Haram (300m ke Masjidil Haram)..

Hotel

Sesampai saja di Hotel jam menunjukkan pukul 11.00 malam (waktu Arab..waktu Malaysia 4 pagi)...masing-masing kelihatan cukup penat tetapi teruja untuk terus mengerjakan umrah...kami check in hotel dan dijamu makan malam...makanannya sama macam di Malaysia....so takde yang asing dari segi makanan...sedap lagi...hotel ini kebanyakkannya diduduki oleh tetamu daripada Malaysia dan Indonesia..jadi kami cukup selesa dengan suasana yang biasa kami lalui..jemaah terus diminta ke lobi pada jam 12.30 tengah malam untuk mengerjakan umrah bersama-sama mutawif...aku?...hmm...di mana lagi ke kamar jela...sambil memasang TV aku dapat melihat suasana dalam masjidil Haram secara live...alhamdulillah terubat juga rindu melihat kaabah...yang begitu dekat tetapi belum bisa dilihat dengan mata kasar ini...di bilik aku cuba melelapkan mata sambil lampu terpasang dan tidak dibuka aircond..sebab kurasakan malam itu cukup sejuk dan nyaman...aku tunggu ahli keluargaku balik dari mengerjakan umrah yang mungkin mengambil masa 2jam lebih...tapi kelibat mereka tiada...lalu aku pun tertidur sehingga jam 5.30 pagi...Subuh masuk jam 5.40 pagi...ku dengar azan dilaungkan dari masjidil Haram dengan jelas dan begitu sayu sekali...tak tertanggung rasa hati yang begitu sedih tidak dapat ke sana....ihram?..yaa...memang aku masih lagi dalam ihram kerana aku mesti berniat di Qarnul Manazil bersama jemaah lain walaupun aku belum 'suci'...jadi sepanjang aku masih dalam haid aku memakai serkup kepala sepanjang masa termasuklah waktuku tidur kerana khuatir rambutku tercabut..nanti kena bayar dam...kepala gatal tu memangla gatal..nak buat macam mana...aku hanya boleh tekan-tekan jela kepala ni bagi hilang gatal...tepat jam 6.10 gitu...mak dan adikku sampai ke bilik...seronoknya melihat mereka selesai mengerjakan umrah dan tidak dalam ihram lagi...jadi kami pun terus bersarapan pagi bersama-sama...

Bagaimana kesudahan kisahku di Mekah...lihat post Layakkah aku menjadi tetamu Allah?

No comments:

Post a Comment