Thursday 19 February 2015

Cerita Umrahku : Masjid Nabawi

Bismillahirrahmanirrahim....Alhamdulillah post kali ni izinkanku bercerita tentang perjalanan ke Madinah dan pengalaman mengerjakan ibadah di Madinah.

Hari ke-8 (Jumaat)

Jam 3 petang kami mula bertolak meninggalkan kota suci mekah tempat kelahiran nabi menuju ke madinah tempat dimakamkan jasad nabi...dua kota suci yang sememangnya menjadi tempat agung kunjungan ramai kaum muslimin muslimat seluruh dunia...sepanjang perjalanan apa yang kelihatan hanyalah warna perang dan biru..perang sebagai lautan pasir dan bukit bukau dan biru adalah langit tanpa awan...teringat semula kisah nabi yang berhijrah ke madinah bersama sahabatnya saidina Abu Bakar...cabaran nabi mengharungi laluan berbukit bukau dan lautan pasir memberikan satu petunjuk betapa kuatnya semangat dan tingginya ketakwaan mereka terhadap Allah s.w.t...segala apa yang nabi buat semuanya atas perintah Allah...

Kami berhenti di satu masjid kecil untuk solat asar qasar..dan meneruskan perjalanan ke masjid yang lain pada jam 6 petang bagi mengerjakan solat jamak takdim maghrib isyak...turun sahaja daripada bas..terasa sejuk angin bertiup...dengan keadaan kawasan yang begitu lapang tanpa bangunan lain....sangat indah...selesai solat kami berehat sekejap sambil menikmati angin malam yang cukup sejuk...angin yang sepoi-sepoi bahasa..sambil berehat kami juga menikmati minuman ringan yang ada dijual di satu kedai runcit...ternyata susu lembu dan yogurt yang dijual begitu asli tanpa perasa..

Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke kota madinah...sampai sahaja ke kota madinah mutawif terus mengetuai selawat ke atas nabi...masyaAllah sayu dan syahdu...Ya nabi salamu alaika ya rasul salamu alaika..ya habib salam alaika ...salawatulla alaika..bangunan yang tersusun begitu rapi...dan berada berhampiran masjid nabawi...dan akhirnya kami sampai di hotel al-safwah...yang begitu hampir iaitu selang 3 blok dari masjid nabawi...lebih dekat berbanding hotel mekah ke masjidil haram...

Kami sampai jam 10.30 malam...terus dinner dan check in hotel dan beradu.

Hari ke-9 (Sabtu)

Jam 4pagi kami baru bangun...lepas mandi terus menuju ke masjid nabawi yang begitu dekat...masjid nabawi mempunyai 20 lebih pagar dan pintu yang banyak...jadi walaupun ramai jemaah...tetapi kesesakan kurang kelihatan kerana banyak pintu yang dapat dimasuki...alhamdulillah aku, mak dan adik perempuanku duduk di saf agak hadapan kerana di sini kurang sesak jika dibandingkan di masjidilharam....dan kawasannya lebih teratur...apa yang melegakan aku ialah tandasnya cukup banyak dan dekat jika dibandingkan di masjidil haram...yang begitu jauh...mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah hanya izinkan aku sekejap sahaja mengerjakan ibadah di masjidilharam sebab aku sukar menjaga wuduk...

Di masjid nabawi...solatnya dirasakan agak lama jika dibandingkan di masjidilharam...tetapi dalam keadaan yang begitu selesa dan diselangi dengan bacaan quran dalam solat yang begitu mengasyikkan tidak membuatkan kami terasa lama...seakan-akan kami dibuai oleh bunyi yang begitu mendayu-dayu...seperti biasa selesai solat fardhu pasti akan ada solat jenazah...

Selesai solat...kami bercadang untuk skip breakfast sebab bercadang menuju ke raudhah...diriwayatkan bahawa raudhah adalah di antara taman-taman syurga iaitu seluas daripada makam ke mimbar...di mana nabi selalu berulang-alik dari rumah saidatina Aisyah (kini makam nabi) ke masjid (mimbar kini)...

Raudhah

Kami pun bergerak ke pintu Uthman...pintu ni saja yang membawa jemaah wanita mengunjungi raudhah...apa yang menariknya bagi jemaah wanita...kami masuk-masuk je melalui pintu tu..terus polis arab wanita cakap 'melayu..melayu'..sambil menunjukkan arah ke kanan...rupa-rupanya kami dikumpulkan mengikut negara..tapi malaysia dan indonesia disatukan satu kumpulan....hihi...sebenarnya kami diasingkan supaya kami berpeluang solat di raudhah dan tidak berebut-rebut dengan warga pakistan dan arab yang agak kasar...terasa kasihnya Allah tatkala itu...namun ada juga warga pakistan yang menyelit ke kumpulan kami...terus dihalau oleh polis arab yang berjubah hitam dan berniqab...aduh...rasa kasihnya nabi pada kami warga Malaysia dan Indonesia ni....kami menunggu dari sejak selepas solat subuh 6.15 pagi gitu hingga jam 8.30 pagi...rupa-rupanya group melayu ni adalah kumpulan terakhir yang dibenarkan masuk...masa warga pakistan dipanggil untuk masuk...nampak mereka berlari-lari...mungkin tak sabar nak berjumpa dengan nabi tu...akhirnya kumpulan kami dipanggil masuk...semuanya sopan-sopan belaka...ohh mungkin inilah punca malaysia dan indonesia diasingkan daripada kumpulan arab, turki dan pakistan..turki sebenarnya agak sopan tapi badan mereka besar-besar...apabila kami dipanggil masuk...rupa-rupanya ada lagi stesen yang perlu kami tunggu...huhu tunggu lagi kami di situ...ada lebih kurang 3-4 stesen perlu kami tempuh...tatkala ini terbayang bagaimanakah nasib kita ketika dihisab di akhirat...adakah perlu menunggu dari satu stesen ke stesen seterusnya sehingga amalan kita ditimbang...dalam jam 10.45pagi...akhirnya kami dibawa masuk ke raudhah...suasana begitu sesak dengan masih ada warga pakistan yang tidak mahu keluar dari kawasan raudhah sedangkan mereka adalah kumpulan yang masuk sebelum kami iaitu kumpulan terakhir...namun...Alhamdulillah kami dapat solat sunat mutlak dan memberi salam kepada nabi...Assalamualaika ya Rasulullah...aduh...rasa sayu umpama kita memberi salam betul-betul di hadapan nabi...aku berdoa di sujud terakhir solat sebab kalau lepas salam polis arab akan halau sebab tau kita dah selesai...jadi sujud la lama-lama sikit...tengah sujud tu tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki yang berlari kencang...rupa-rupanya pukul 11pagi adalah masa untuk jemaah lelaki pula mengunjungi raudhah...bagi wanita waktu mengunjungi raudhah adalah terbatas dan ada 3kali sahaja bagi sehari...manakala lelaki adalah sepanjang waktu..Alhamdulillah...kunjungan ke raudhah berjalan dengan lancar sambil mendengar taklimat mutawif travel agent lain...hihi travel agent kami tak ada mutawif wanita...tak perlu pun tak apa sebenarnya sebab ramai mutawif kump lain yang beri taklimat...kami menumpang jela hihi...

Hari ke-10 (Ahad)

Selesai subuh kami dibawa melawat ke masjid quba' iaitu masjid pertama yang dibina berasaskan iman...iaitu tatkala hijrah nabi ke madinah....nabi membina masjid quba' sebelum sampai ke madinah...dan diriwayatkan dengan hadis sahih apabila kita berwuduk di rumah (hotel) dan bersolat di masjid quba' umpama kita melakukan ibadah umrah...

Alhamdulillah...selesai solat di masjid quba', kami dibawa melawat bukit Uhud...tempat di mana berlakunya peperangan yang mengorban bapa saudara nabi iaitu saidina hamzah dan beberapa sahabat nabi yang lain dan menyebabkan kecedaraan serius pada nabi sehingga gigi nabi patah...kekalahan umat islam pada peperangan ini adalah berpunca daripada ketidakpatuhan pada arahan nabi...mutawif yang membawa kami bercerita dengan loghat ala-ala kelantan sikit...sebab memang orang pantai timur pun...sedap dengar kisah nabi ni...selesai kami di Uhud dalam perjalanan ke tempat parking bas..aku dan adik lelakiku yang kononnya nak melihat peta yang menunjukkan suasana perang yang dilukis di dinding sesat untuk sampai ke parking bas....alhamdulillah tak lama...selang beberapa minit kami sampai...sebenarnya tak jauh pun ke parking bas cuma di situ penuh dengan booth jualan dan menyebabkan kami confuse...Alhamdulillah Allah bantu kami...suamiku dah buat muka dah masa aku dan adikku sampai..sorry...masa hilang tu aku beristighfar...pasti ada dosa yang telah kulakukan...mungkin aku terlalu excited dengan kisah perang uhud ni dan beria nak cari peta tu...

Seterusnya kami dibawa ke masjid qiblatain iaitu masjid bersejarah nabi solat dengan arah dua kiblat..yang pada asalnya kiblat orang islam adalah di masjid aqsa...qiblat masjid aqsa juga merupakan qiblat orang yahudi pada waktu itu....orang yahudi mengejek nabi kononnya ikut kiblat yahudi....lalu nabi berdoa kepada Allah pada solat zohor....akhirnya turun perintah Allah untuk mengadap kiblat ke kaabah....kemudian nabi terus mengimamkan solat asar yang mengadap ke arah kaabah...pertukaran arah ini adalah 180 darjah...betul-betul bertentangan dengan kiblat asal...

Semasa kami menunggu solat Isyak...aku terus terfikir...ya Allah malam ni malam terakhir aku di tanah suci...esok dah berangkat pulang...sedih dan sayu rasanya...tiba-tiba bumbung masjid dibuka...masya Allah indah sungguh dengan angin sejuk menerjah masuk...dihiasi dengan bulan penuh yang jelas kelihatan...cantik..memang cantik...masing-masing mengangkat kamera merakamkan detik-detik indah...azan isyak yang terakhir kudengar dengan teliti...sayu sungguh....esok aku dah tak dapat isyak di sini...

Hari ke-11 (Isnin)

Hari ni selesai sarapan pagi..kami balik semula ke masjid untuk melawat raudhah kali ke2...mak yang kurang sihat pun bersemangat mengunjungi raudhah...rugi dok hotel tak buat apa-apa...selesai solat zohor kami membuat ziarah widaa keliling masjid bersama abah dan adik-adik laki ku yang lain...sebenarnya ada peristiwa yang berlaku selepas solat subuh dan selepas solat zohor....lihat pada entri Cerita Umrahku : Kisah dan Pengajaran....

Berbalik kepada kisah ziarah widaa...alhamdulillah...kami berdoa dan memberi salam dan memohon harap dapat kembali lagi ke tanah suci madinah...insyaAllah...selesai ziarah widaa sepatutnya mengikut perancangan kami sempat solat asar di masjid...tetapi tiba-tiba perancangan berubah...kami perlu bersiap kerana bas akan sampai jam 3 lebih...ya Allah...rupa-rupanya ziarah widaa tu memang ziarah terakhir kami pada hari ni....memang tak sangka...kami terpaksa solat di hotel saja...rupa-rupanya bas yang ditunggu lambat sampai...jemaah masjid yang selesai solat asar kelihatan berjalan pulang...hmm...kami masih di hotel lagi menunggu bas...emm takpela takde rezeki asar di masjid...Selamat tinggal ya Rasulullah...insyaAllah kami akan datang lagi....Allahummasalli ala saiyidina muhammad waala ali saiyidina muhammad..

Kami bergerak keluar dari kota madinah pada jam 4.40 petang...dan 30min bas pun sampai di madinah airport...kami solat jamak takqdim maghrib isyak di sana...nak lepas imigresen keluar pun ketat juga rupanya di sini...yang perempuan kena masuk dalam bilik di mana polis wanita akan periksa badan...kasar juga polis wanita arab ni....dalam bilik ni polis wanita tu memang tak bertudung la..terkejut juga aku lihat sikap yang agak garang dan tinggi suara sikit pada jemaah wanita sebelum aku...kesian aku tengok...ada juga polis wanita arab ni yang duduk sambil mengangkat kaki ke kerusi yang lain...kurang profesional semasa bertugas...takpela...memang gitu kot caranya...

Alhamdulillah kami pun pulang dengan menaiki Saudi Airline...namun kali ni pramugarinya hanya berselendang...tak menutup aurat sepenuhnya...berbeza dengan pramugari tatkala kami bertolak dari KLIA yang memakai tudung...muka mereka pun kurang manis dan kurang senyum...huhu takpela...dalam perjalanan ini rasa mengantuk memang datang...tapi kutahankan juga sebab aku, adik perempuanku dan abah duduk di bahagian tepi....yey...aku apa lagi berebut la dengan adikku nak duduk tepi...oleh kerana adikku tau aku ni firstime so dia beralah....haha...dia dah pernah pergi sarawak sebelum ni...tq ye...hihi...sebenarnya seat abah pun bukan sebaris dengan kami...seat kami banyak yang berpecah...mak pun kena duduk tempat lain..suamiku lagi la duk jauh nun di hadapan...

Aku tengok banyak lagi seat kosong....ingatkan memang takde orang...rupa-rupanya kapal terbang ni berhenti di Riyadh sejam selepas kami berlepas dan mengambil penumpang lain...emm...orang kata Riyadh ni orang arabnya dah macam kita sikit...ramai yang tak bertudung...dan airport Riyadh ni pun canggih sikit...sejam kami berhenti kemudian kami berlepas....best juga berhenti-berhenti ni..boleh tengok banyak tempat...dan boleh merasa landing and take off banyak kali hihi...maklumla kita first time...

Di luar memang gelap sebab kami berlepas dari madinah pun dah pukul 8 malam...pada jam 4 pagi (waktu arab) aku tersedar langit dah mula menampakkan warna oren yang cukup cantik....macam masuk waktu subuh ni...kena bergegas pergi toilet...rupa-rupanya toilet dah ramai orang beratur...huhu...kena menunggu...dan hari dah mula cerah baru aku dapat masuk toilet dan solat subuh dengan berwuduk menggunakan botol spray...waktu subuh memang terlalu singkat sebab kapal terbang menuju ke arah timur...jadi dinasihatkan supaya bersedia dengan lebih awal ye...suasana yang begitu cantik di luar aku amati sepuas-puasnya....mujur bateri hphone masih banyak...kurakamkan saja segala apa yang kulihat...Allah yang ciptakan semua ni...tak terbayang dek akal akan semua ni...betapa besar kuasa Allah...kali ni kapal terbang ni terbang banyak di atas darat...jadi gegaran pun kurang la...tidur pun sedap2 je...hihi...tetiba aku dengar...rice or noodle...haha..meal ke2 dah sampai...meal pertama mcam biasala 'beef, chicken or fish'...walaupun ngantuk...makan tetap makan...kat luar memang dah cerah sangat dah...kapal terbang mula turun sedikit demi sedikit merempuh awan nipis dan awan tebal...dan Alhamdulillah kami landing dengan selamat pada jam 1.10 tengahari waktu malaysia (waktu arab jam 8.10 pagi tau)

Alhamdulillah...terima kasih Allah atas nikmat ini...adik beradikku dah menunggu di airport dan ada yang menunggu di rumah dengan nasi arab..yummy...

No comments:

Post a Comment