Sunday 13 April 2014

Adobe Flash CS3 plak

Assalamualaikum...alhamdulillah kali ni aku ingin berkongsi tentang Adobe Flash CS3 horey..

Cara-caranya :

  1. Pergi pada laman http://www.mediafire.com/download/bs1re6a2lunambc/Adobe+3+in+1+part+2.rar
  2. Muatturun folder archive tersebut
  3. Install
  4. Siap
  5. Tak perlu serial number / crack
Selamat Mencuba!!

Sunday 23 February 2014

Jom Download Adobe Dreamweaver CS6

Alhamdulillah tepat jam 2.30 pagi, aku dapat install adobe dreamweaver cs6..hoyeyyy...padahal orang lain buat cepat je haha...aku jenis slow sket dan tak suke kalau ada downloading yang diselangi dengan survey.

Baiklah, berikut adalah cara-cara download dan install :

  1. Layari Web Market Master (Dreamweaver CS6)....macam2 software trial ada di sini.
  2. Selesai download pastikan di mana folder Adobe Dreamweaver berada. contohnya di Desktop.
  3. Kemudian download patch (crack)...untuk dapatkan full version --- kredit youtube
  4. Selesai download kedua-dua folder, klik pada folder Desktop/Adobe Dreamweaver
  5. Pilih Set-up
  6. Jika keluar pop up, pilih Ignore.
  7. Klik Next untuk teruskan (tak ingat ade butang next atau tak hihi asalkan installing berjalan ok!)
  8. Bila berjaya install, pastikan pula di mana folder Adobe Dreamweaver yang dah diinstall, biasanya folder tu berada di: C:\Program Files (x86)\Adobe\Adobe Dreamweaver CS6
  9. Kemudian, buka folder crack tadi, baca ReadMe.
  10. Copy mana-mana fail sama ada 32 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files) dan pilih 64 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files (x86)
  11. dan paste kan pada folder dreamweaver tadi...then replace pada file amtlib.dll sedia ada.
  12. Akhirnya cuba la buka app Adobe Dreamweaver ni...dengan klik pada icon Dreamweaver.
Selamat Mencuba....hihi ayat penerangan mungkin xsedap tp harap2 faham ye...
Dah dapat..jangan lupe sebut....ALHAMDULILLAH :)

Tuesday 7 January 2014

Post Lasik : 35 hari



Pada 6/1/2014..35 hari selepas 4/12/2013 (hari lasik dijalankan)...aku menjejakkan kaki ke kedai kaca mata dengan tujuan memeriksa power mata. Sejak minggu pertama selepas lasik lagi rasa tak sabarku membuak-buak untuk memeriksa tahap penglihatan baruku.

Akhirnya, sampai juga aku ke kedai kaca mata sambil menjinjit makanan segera untuk dibawa pulang selepas habis dari sekolah.

Aku : Cik, saya nak cek power mata boleh?
Optometrist : Ok. letak dagu di sini.

Selepas satu mata ke satu mata...tiba-tiba....
Optometrist : Ok mata awak takde masalah.
Aku : Power 0 ke?
Optometrist : Ya.
Aku : Dua-dua mata power 0 ke? (nak sangat kepastian)
Optometrist : Ya dua-dua ok power 0

Alhamdulillah..lasik yang aku jalani sebulan yang lalu memang berjaya dan keyakinanku makin bertambah. Malah mataku sekarang tidak terasa kering seperti 2 minggu sebelum ini. Aku sudah bebas dari ubat titik mata. Cuma jika terasa macam sayang pada mata, aku pun saje2 titikkan.

Apa lagi...bagi yang berhajat buat lasik...teruskan niat anda kerana ianya memang berbaloi-baloi..