Tuesday 7 January 2014

Post Lasik : 35 hari



Pada 6/1/2014..35 hari selepas 4/12/2013 (hari lasik dijalankan)...aku menjejakkan kaki ke kedai kaca mata dengan tujuan memeriksa power mata. Sejak minggu pertama selepas lasik lagi rasa tak sabarku membuak-buak untuk memeriksa tahap penglihatan baruku.

Akhirnya, sampai juga aku ke kedai kaca mata sambil menjinjit makanan segera untuk dibawa pulang selepas habis dari sekolah.

Aku : Cik, saya nak cek power mata boleh?
Optometrist : Ok. letak dagu di sini.

Selepas satu mata ke satu mata...tiba-tiba....
Optometrist : Ok mata awak takde masalah.
Aku : Power 0 ke?
Optometrist : Ya.
Aku : Dua-dua mata power 0 ke? (nak sangat kepastian)
Optometrist : Ya dua-dua ok power 0

Alhamdulillah..lasik yang aku jalani sebulan yang lalu memang berjaya dan keyakinanku makin bertambah. Malah mataku sekarang tidak terasa kering seperti 2 minggu sebelum ini. Aku sudah bebas dari ubat titik mata. Cuma jika terasa macam sayang pada mata, aku pun saje2 titikkan.

Apa lagi...bagi yang berhajat buat lasik...teruskan niat anda kerana ianya memang berbaloi-baloi..