Alhamdulillah tepat jam 2.30 pagi, aku dapat install adobe dreamweaver cs6..hoyeyyy...padahal orang lain buat cepat je haha...aku jenis slow sket dan tak suke kalau ada downloading yang diselangi dengan survey.
Baiklah, berikut adalah cara-cara download dan install :
Selesai download pastikan di mana folder Adobe Dreamweaver berada. contohnya di Desktop.
Kemudian download patch (crack)...untuk dapatkan full version --- kredit youtube
Selesai download kedua-dua folder, klik pada folder Desktop/Adobe Dreamweaver
Pilih Set-up
Jika keluar pop up, pilih Ignore.
Klik Next untuk teruskan (tak ingat ade butang next atau tak hihi asalkan installing berjalan ok!)
Bila berjaya install, pastikan pula di mana folder Adobe Dreamweaver yang dah diinstall, biasanya folder tu berada di: C:\Program Files (x86)\Adobe\Adobe Dreamweaver CS6
Kemudian, buka folder crack tadi, baca ReadMe.
Copy mana-mana fail sama ada 32 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files) dan pilih 64 bit (jika folder adobe berada pada C:\Program Files (x86)
dan paste kan pada folder dreamweaver tadi...then replace pada file amtlib.dll sedia ada.
Akhirnya cuba la buka app Adobe Dreamweaver ni...dengan klik pada icon Dreamweaver.
Selamat Mencuba....hihi ayat penerangan mungkin xsedap tp harap2 faham ye...
Pada 6/1/2014..35 hari selepas 4/12/2013 (hari lasik dijalankan)...aku menjejakkan kaki ke kedai kaca mata dengan tujuan memeriksa power mata. Sejak minggu pertama selepas lasik lagi rasa tak sabarku membuak-buak untuk memeriksa tahap penglihatan baruku.
Akhirnya, sampai juga aku ke kedai kaca mata sambil menjinjit makanan segera untuk dibawa pulang selepas habis dari sekolah.
Aku : Cik, saya nak cek power mata boleh? Optometrist : Ok. letak dagu di sini. Selepas satu mata ke satu mata...tiba-tiba.... Optometrist : Ok mata awak takde masalah. Aku : Power 0 ke? Optometrist : Ya. Aku : Dua-dua mata power 0 ke? (nak sangat kepastian) Optometrist : Ya dua-dua ok power 0
Alhamdulillah..lasik yang aku jalani sebulan yang lalu memang berjaya dan keyakinanku makin bertambah. Malah mataku sekarang tidak terasa kering seperti 2 minggu sebelum ini. Aku sudah bebas dari ubat titik mata. Cuma jika terasa macam sayang pada mata, aku pun saje2 titikkan.
Apa lagi...bagi yang berhajat buat lasik...teruskan niat anda kerana ianya memang berbaloi-baloi..
Assalamualaikum...sekarang akan kuceritakan bagaimana rasa pada mata selepas dari hari ke7...
Hari ke8 hingga hari ke13
Mata dalam keadaan selesa tetapi sedikit kering. Ubat titik hylocomod selalu kugunakan untuk mem'basah'kan mata agar selesa. Ubat titik VisMed aku tak gunakan dah sebab dalam instruction kata 3hari je dan pada bila2 mata mengalami ketidakselesaan. Tetapi terus terang aku katakan ubat VisMed buatkan mata aku lebih tidak selesa...ntah la tak tau kenapa..daripada guna ubat titik tu baik tak payah titik langsung..jadi aku hanya guna hylocomod dan Restasis (2kali sehari) sahaja.
Hari ke14
Bangun je dari tidur, aku rasa tidak selesa di mata kiri..sedangkan mata kiriku la yang paling awal dalam fasa keselesaan pada hari ke3. Pada hari ke14 ni tiba-tiba mata kiriku seakan-akan ada contact lens seperti yang dirasa pada awal-awal post lasik. Takut pun ada masa tu..tapi aku cuba titikkan Hylocomod lebih kerap..dari pagi hingga ke malam masih pada rasa yang sama.
Hari ke15
Bangun dari tidur mata kiriku kembali ke keadaan asal. Alhamdulillah..tiada lagi rasa seakan-akan ada contact lens.
Hari ke21
Pada hari ini seakan-akan mataku tiada sebarang pembedahan pernah dilakukan kerana ianya sangat selesa. Cuma keterikan cahaya matahari di tengahari dan cahaya lampu jalan di highway masih terasa peritnya..sehingga terpaksa mengecilkan mata bagi menghalang cahaya yang banyak masuk ke mata. Apa yang pastinya..ubat titik Hylocomod sangat jarang aku gunakan...mungkin sekitar 3 jam 1 kali sahaja diperlukan bagi merehatkan mata yang sentiasa fokus pada setiap pandangan. Alhamdulillah
Post kali ni aku nak bercerita tentang apa yang dirasa pada mata lepas lasik..supaya korang bersedia dari segi mental sebelum dan selepas lasik k..supaya tiada penyesalan dan ketidakpuashatian dalam diri...ingat apa-apa yang berlaku semua ditentukan-Nya. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan.
4/12/2013 - Hari lasik dijalankan
Ni betul2 video tuan empunya badan...haha sengih2+seram2
Nak turun ke parking kereta bawah PCMC (Prince Court Medical Centre), aku n en. hubby menapak la dengan hati yang gumbira+terharu...mataku lama kelamaan jadi pedih sepedih-pedihnya...mcm org buta baru lihat cahaya...haa camtu la...nak jalan pun terpaksa pegang en.hubby sebab pedih nak buka mata...masa ni baru rase sakitnya...air mata tak tau nak cite la (meleleh macam tengok cite korea huhu)...INGAT JANGAN KESAT MATA ROUGHLY....CUIT SKET JE KAT TEPI MATA N BAWAH MATA...JANGAN DIGOSOK...tu pesan doc n nurse lepas wat lasik..mata memang membengkak sket sebab meleleh macam ujan air mata ni.
8.00 malam
Dah tak pedih untuk pandang cahaya tapi mata memang sangat tidak selesa n kering..siap mkn chicken chop kat luar bersama family saje blanje2 walaupun sedar duit dah kering..takpela alhamdulillah
Antara ubat titik yang dibekalkan...ade yang perlu simpan dalam peti ais k...perhatikan label dengan betul
3 ubat titik ni pada suhu bilik je..instruction pakai akan diberi dalam bentuk kertas..jadi jangan hilangkan kertas ni..
Baca ni sebagai persediaan
Baca ni gak..supaya bersedia dari segi mental dan fizikal
Hari ke2 (5/12/2013)
Bangun tido je mata macam payah nak buka sebab cahaya terus masuk...dulu kene pakai spek dulu lepas bangun tido...kirenye ade la warming up dulu pada mata kan..tapi kali ni terus nampak cahaya walaupun redup.. Mata kanan kiri masih tak selesa..rase macam pakai contact lens je..dalam hati asyik terfikir je memang macam ni ke rasenye...menyesal+takut memang ada..tapi cepat2 mengucap sebab ini yang kita pilih kan...perlu tawakal.
Hari ke3
Jeng..jeng..jeng...bangun je tido dalam kol8 (maaf tengah bendera jepun ok)..rase cahaya matahari yang sangat terang benderang dari luar tingkap...masyaAllah rasa indah sangat...masa ni mata kanan masih pedih macam ade bulu mata masuk dalam mata gitu...kelip mata je rasa macam ada benda kat mata (cuba bayangkan hihi)
Tapi yang seronoknya mata kiri dah sedap dah...xrasa apa-apa..rasa normal gitu..alhamdulillah..
Masa ni mata kiri dah rase jelas macam pakai spek..mata kanan masih kurang sket...tapi bila berlawan tengok dengan en.hubby macam sama je kekuatan pglihatan...mgkin mata normal tak lihat sejelas orang pakai spek..
Hari ke6 Mata kanan dah sedap horrey...alhamdulillah...dah macam mata kiri gitu...selesa seperti biasa..petang hari ke6 ni rasa macam pening skit...tak pasti lak sebab layan korea lebih or efek dari mata...
Mata kiri masih menang kategori jelas melihat berbanding mata kanan...dah biase kalau pakai spek memang perfect kan.
Hari ke7
Baru keluar dari kepompong rumah selepas lasik. En. hubby baru cuti kan..keluar rumah kol2petang...keluar2 je rumah mata pedih semacam sebab cahaya matahari rase terlalu terik..sampai terpaksa kecikkan mata...tapi lama-lama adapt cahaya tu dengan mata...alhamdulillah Petang-petang rasa macam tidak sharp macam tengahari...mgkin mata belum terbiasa dengan cahaya-cahaya yang redup.
Jam 8.00malam...belum balik rumah lagi...pekena lamb chop kat luar...mata tertangkap cahaya-cahaya lampu yang macam cantik sangat...jelas warna biru, kuning, putih...mungkin sebelum ni ade silau kuat cahaya nampak sama je..tapi malam ni memang cantik.
InsyaAllah saya akan update pada Hari Ke20 Lepas Lasik...jika bekersempatan..