Monday 23 December 2013

3 Minggu Post Lasik

Assalamualaikum...sekarang akan kuceritakan bagaimana rasa pada mata selepas dari hari ke7...

Hari ke8 hingga hari ke13
Mata dalam keadaan selesa tetapi sedikit kering. Ubat titik hylocomod selalu kugunakan untuk mem'basah'kan mata agar selesa. Ubat titik VisMed aku tak gunakan dah sebab dalam instruction kata 3hari je dan pada bila2 mata mengalami ketidakselesaan. Tetapi terus terang aku katakan ubat VisMed buatkan mata aku lebih tidak selesa...ntah la tak tau kenapa..daripada guna ubat titik tu baik tak payah titik langsung..jadi aku hanya guna hylocomod dan Restasis (2kali sehari) sahaja.

Hari ke14
Bangun je dari tidur, aku rasa tidak selesa di mata kiri..sedangkan mata kiriku la yang paling awal dalam fasa keselesaan pada hari ke3. Pada hari ke14 ni tiba-tiba mata kiriku seakan-akan ada contact lens seperti yang dirasa pada awal-awal post lasik. Takut pun ada masa tu..tapi aku cuba titikkan Hylocomod lebih kerap..dari pagi hingga ke malam masih pada rasa yang sama.

Hari ke15
Bangun dari tidur mata kiriku kembali ke keadaan asal. Alhamdulillah..tiada lagi rasa seakan-akan ada contact lens.

Hari ke21
Pada hari ini seakan-akan mataku tiada sebarang pembedahan pernah dilakukan kerana ianya sangat selesa. Cuma keterikan cahaya matahari di tengahari dan cahaya lampu jalan di highway masih terasa peritnya..sehingga terpaksa mengecilkan mata bagi menghalang cahaya yang banyak masuk ke mata. Apa yang pastinya..ubat titik Hylocomod sangat jarang aku gunakan...mungkin sekitar 3 jam 1 kali sahaja diperlukan bagi merehatkan mata yang sentiasa fokus pada setiap pandangan. Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment